SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 29 Ogos 2014

KEM KEPIMPINAN SMK TEBEDU

Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta kem kepimpinan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk  menganjurkan program Kem Kepimpinan SMK Tebedu yang telah dilaksanakan dengan jayanya mulai 29 Ogos hingga 31 Ogos 2014 yang lalu bertempat di Survival Village 10 RRD. Program jati diri yang dianjurkan selama tiga hari itu telah dihadiri oleh 5 orang pelajar dan 69 orang guru. Kapt Carl Hansen ak Sapoi selaku pegawai penyelaras serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu oleh guru-guru sekolah.

Pelbagai aktiviti telah diselitkan dalam aturcara program seperti ice breaking session, ceramah kepimpinan, combat road relay, latihan jasmani, muhasabah diri, wira halangan, wira malam dan malam akrab. Semua program yang dirancang dan dilaksanakan adalah bagi memupuk serta menyemai semangat jati diri dan kepimpinan di kalangan peserta serta membentuk semangat kerjasama berkumpulan. Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Tebedu, En Bangawi ak Surey.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan