SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 30 Januari 2013

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD




Kem Muara Tuang : Perbarisan Pegawai Memerintah 10 RRD telah diadakan dengan jayanya pada 30 Jan 2013 bertempat di Padang Kawad Pasukan. Perbarisan ini merupakan perbarisan ulung beliau sejak mengambil alih tugas Pegawai Memerintah 10 RRD. Seramai 10 Peg dan 210 LLP telah menjayakan perbarisan tersebut dan perbarisan telah diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Samzie ak Gusang.

Jumaat, 25 Januari 2013

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD



Kem Muara Tuang : Seramai 10 Peg dan 214 LLP telah  terlibat di dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 10 RRD yang diadakan di Padang Kawad Pasukan pada 25 Jan 2013. Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop telah dilantik menjadi Pegawai Memerintah 10 RRD yang baru menggantikan Lt Kol Jamaluddin bin Yaacob yang bertukar keluar ke INSPEKA untuk menyambung pelajaran beliau di sana.    Upacara Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin.

PAMERAN PERKAMPUNGAN IKHTIAR HIDUP DI KEM PAKIT, SRI AMAN




Sri Aman, Sarawak Pasukan 10 RRD telah dijemput untuk mengadakan pameran Perkampungan Ikhtiar Hidup Sempena HUT 13 RAMD pada 25 Jan 13 hingga 27 Jan 13 dengan jayanya. Selain pasukan 10 RRD, pelbagai agensi awam dan kerajaan turut mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Bagi menarik perhatian pengunjung yang hadir ke pameran tersebut, Tim Survival 10 RRD telah membuat beberapa demonstrasi seperti menghidupkan api menggunakan batu dan kayu, memasak ayam pansuh dalam buluh, pengenalan kepada tumbuh-tumbuhan hutan, membuat pondok sementara di dalam hutan serta cara-cara memasang jerat dan perangkap. Rata-rata pengunjung yang hadir memberikan komen dan sambutan yang baik kerana inilah julung kalinya aktiviti ini dibuat di pekan Sri Aman.

Sabtu, 12 Januari 2013

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT 10 RRD




Kem Muara Tuang: Pada 12 Jan 2013 bertempat di Dewan Makan Pasukan telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 10 RRD diantara mantan Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Noor Afida dengan Puan Mastura bte Hamid (isteri Mej Zamzuri bin Azmi) sebagai Pemangku Pengerusi BAKAT sementara. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan mantan Pengerusi BAKAT 10 RRD yang bertukar keluar untuk mengikut suami beliau yang menyambung pelajaran di INSPEKA, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

MAJLIS JAMUAN SEMPENA MERAIKAN PERPISAHAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD



Kem Muara Tuang : Sempena Perpisahan Pegawai Memerintah 10 RRD, satu Majlis Makan Malam Sempena Meraikan Perpisahan Pegawai Memerintah telah diadakan di Dewan Makan Pasukan pada 12 Jan 2013. Dalam majlis tersebut, Penolong Pegawai Memerintah, Mej Samzie ak Gusang telah menyampaikan cenderahati kepada mantan Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Jamaluddin bin Yaacob sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari seluruh warga pasukan. Mantan Pegawai Memerintah dalam ucapan beliau menyeru seluruh warga pasukan supaya memberikan kerjasama yang jitu kepada Pegawai Memerintah yang baru nanti dan beliau berharap kecemerlangan 10 RRD akan berterusan sampai bila-bila. Beliau juga berpesan supaya semua pegawai dan anggota hendaklah saling hormat-menghormati dan mengekalkan keharmonian yang telah sedia ada wujud didalam pasukan ini.

Jumaat, 11 Januari 2013

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD


  
Kem Muara Tuang: Satu Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 10 RRD telah diadakan pada 11 Jan 2013 bertempat di Padang Kawad Pasukan. Majlis tersebut menyaksikan Penyerahan Nota Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah di antara mantan Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Jamaluddin bin Yaacob kepada Penolong Pegawai Memerintah, Mej Samzie ak Gusang sebagai Pemangku Pegawai Memerintah. Perbarisan serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh 13 Peg dan 213 LLP dan Ketua Perbarisan adalah Mej Zamzuri bin Azmi.

Rabu, 2 Januari 2013

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT

    Peg Mem 10 RRD menyempurnakan pemakaian pangkat Kapt Norazizi ke Pangkuan Mejar


KEM MUARA TUANG: Perbarisan Pegawai Memerintah 10 RRD dan Pemakaian Pangkat telah diadakan di Padang Kawad Pasukan pada 2 Jan 2013 melibatkan 13 x Peg dan 198 x LLP. Perbarisan menyaksikan pemakaian pangkat Kapt Norazizi ke Pangkuan Mejar yang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol  Jamaluddin bin Yaacob. Beliau kekal di pasukan membuat tugas sebagai Ketua Kompeni C.