SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 29 Ogos 2014

KEM KEPIMPINAN SMK TEBEDU

Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta kem kepimpinan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk  menganjurkan program Kem Kepimpinan SMK Tebedu yang telah dilaksanakan dengan jayanya mulai 29 Ogos hingga 31 Ogos 2014 yang lalu bertempat di Survival Village 10 RRD. Program jati diri yang dianjurkan selama tiga hari itu telah dihadiri oleh 5 orang pelajar dan 69 orang guru. Kapt Carl Hansen ak Sapoi selaku pegawai penyelaras serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu oleh guru-guru sekolah.

Selasa, 26 Ogos 2014

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD

Pegawai Memerintah menyampaikan Sijil Anugerah Khidmat
Cemerlang kepada Kapt Carl Hansen ak Sapoi
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 10 Peg dan 160 LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah pada 26 Ogos 2014 yang lalu. Perbarisan ini diketuai oleh Ketua Kompeni B, Kapt Nizam Nor Amri bin Johari. Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop turut menyempurnakan acara pemakaian pangkat dan penyampaian Sijil Khidmat Cemerlang kepada pegawai dan anggota 10 RRD. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli BAKAT pasukan yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada suami masing-masing serta pasukan ini. 

Ahad, 24 Ogos 2014

KEM KEPIMPINAN KOLEJ ABDILLAH KUCHING

Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta kem kepimpinan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 6 orang guru dan 64 orang pelajar dari Kolej Abdillah Kuching telah melaksanakan Kem Kepimpinan Kolej Abdillah di 10 RRD mulai 24 Ogos hingga 26 Ogos 2014 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dirancang melibatkan aktiviti dalam dan luar kelas bagi mendedahkan pelajar dengan keadaan mencabar pembelajaran di luar kelas yang sebelum ini tidak mereka pelajari di sekolah. Bagi aktiviti dalam kelas, pelajar banyak dilatih bekerja secara berkumpulan atau berpasukan seperti aktiviti team building, ceramah kepimpinan dan perbincangan berkumpulan bersama fasilatator yang dilantik. Bagi aktiviti diluar kelas, pelajar-pelajar didedahkan dengan beberapa aktiviti lasak seperti Wira Halangan, Wira Malam, latihan jasmani dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Guru dan jurulatih dari pasukan 10 RRD telah berkerjasama bagi membimbing dan mengajar pelajar bagi memastikan objektif yang digariskan oleh pihak sekolah tercapai sepenuhnya.

Jumaat, 22 Ogos 2014

KEM YAKIN DIRI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DAERAH PADAWAN ANJURAN SK SEMENGGOK

Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, En Mohd Buckley Abdullah menyampaikan hadiah kepada
peserta Kem Yakin Diri PPKI sambil diiringi Guru Besar SK Semenggok, Puan Ithnaini binti Tahir
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah bergabung tenaga dalam menjayakan program jati diri dan kepimpinan pelajar sekolah-sekolah di sekitar Kuching dan Samarahan sejak dari pertengahan tahun 2013 hingga sekarang. Pada 22 - 24 Ogos 2014 yang lalu, pasukan 10 RRD telah menganjurkan Kem Yakin Diri Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Daerah Padawan anjuran bersama PPKI SK Semenggok yang disertai seramai 35 guru Pendidikan Khas dan 45 murid-murid khas yang terdiri dari 36 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Penganjuran Kem Yakin Diri ini merupakan aktiviti yang ke 25 telah dianjurkan oleh pasukan 10 RRD bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak setakat ini. Ini sekali gus membuktikan komitmen pasukan 10 RRD dalam menyokong aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang melibatkan guru, pelajar sekolah dan ibu bapa pelajar dalam mendukung dasar dan inspirasi pendidikan negara.

PROGRAM MOBILE TEAM TELOK MELANO

Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Tuan Hj Bujang Helmi bin Hazmi
merasmikan upacara gotong-royong baik pulih rumah nelayan milik En Kipli bin Jamali
Telok Melano, Sematan : Berlandaskan dengan motto ‘Tentera dan Awam Berpisah Tiada’, itulah yang boleh digambarkan dengan pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan kerana telah berjaya melaksanakan Projek Jiwa Murni gotong-royong baik pulih sebuah rumah nelayan bersama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam Program Mobile Team Telok Melano mulai 22 - 24 Ogos 2014 yang lepas.

Selasa, 19 Ogos 2014

LAWATAN REJIMEN KE 40 PENGENDALIAN PELABUHAN RAJD (AW)

Persembahan demonstrasi menghidupkan api oleh Kpl Sangie ak Mandau
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 25 peserta dari Rejimen Ke 40 Pengendalian Pelabuhan RAJD (AW) yang diketuai oleh Lt Kol Abd Rahman bin Mohamed selaku Pen Peg Mem telah mengadakan lawatan sehari di Survival Village 10 RRD pada 19 Ogos 2014 yang lalu. Lawatan ini merupakan lawatan pertama dari Rejimen Ke 40 Pengendalian Pelabuhan RAJD (AW) ke pasukan ini. Semua peserta menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan aktiviti lawatan ke Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD kali ini kerana mereka telah dipersembahkan dengan pelbagai demonstrasi dan pameran ketenteraan oleh anggota pasukan 10 RRD. Antara aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan semasa lawatan ini seperti  persembahan demonstrasi memasak dalam buluh, demonstrasi jerat, pangkalan hutan, pameran peralatan tentera dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. 

Jumaat, 15 Ogos 2014

KEM KEPIMPINAN SMK WIRA PENRISSEN

Persembahan pelajar semasa Malam Akrab bersama jurulatih dan guru
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 6 guru dan 47 pelajar dari SMK Wira Penrissen telah menganjurkan Kem Kepimpinan di 10 RRD mulai 15 Ogos hingga 17 Ogos 2014 yang lalu sambil dibantu oleh pegawai dan anggota pasukan yang diketuai oleh Kapt Carl  Antara aktiviti dan program yang telah disusun dan dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, memasang hammock, aktiviti team building, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Di akhir program kem kepimpinan ini, semua peserta menzahirkan rasa sangat berpuas hati dan gembira dengan aktiviti yang telah dilaksanakan kerana banyak aktiviti menarik dan mencabar yang tidak mereka perolehi semasa di sekolah. Majlis penutup dan penyampaian cenderahati kem kepimpinan tersebut telah disempurnakan oleh Cikgu Sederick Wee Eng Leah, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Wira Penrissen.

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 10 RRD 2014

YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Md Yusof bin Aziz dan isteri Puan Misnah binti
Harun  menyampaikan duit raya kepada anak-anak anggota warga 10 RRD

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Tanggal 15 Ogos 2014 yang lalu, 10 RRD telah melaksanakan Majis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan. Majlis rumah terbuka hari raya ini dibuat dalam dua fasa iaitu sebelah petang terbuka untuk semua tetamu dari semua pasukan di kawasan Kuching dan pada sebelah petang untuk warga 10 RRD bersama keluarga masing-masing.

KEM JATI DIRI SMK LAKE, BAU


Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada
wakil 10 RRD, Lt Mohammad Firdaus bin Zulkifli 
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Lake, Bau mulai 13 Ogos hingga 15 Ogos 2014 yang lalu. Kem jati diri ini telah dihadiri oleh 60 orang pelajar dan 5 orang guru. Kapt Nizam Nor Amri bin Johari selaku pegawai penyelaras penganjur serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu oleh guru-guru sekolah.

Jumaat, 8 Ogos 2014

KEM KEPIMPINAN SMK ST THOMAS

Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta kem kepimpinan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 6 guru dan 83 pelajar dari SMK St Thomas, Kuching telah melaksanakan Kem Kepimpinan di 10 RRD mulai 8 Ogos hingga 10 Ogos 2014 yang lalu. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, aktiviti team building, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Program ini telah dikelolakan oleh Kapt Nizam Nor Amri bin Johari serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan.