SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 15 Disember 2013

SAMBUTAN HUT 3 BGD KE 54




Kem Muara Tuang, Sarawak : 10 RRD telah diberi kepercayaan oleh 3 Bgd bagi menganjurkan Hari Keluarga 3 Bgd sempena Sambutan HUT 3 Bgd Ke 54 di Kem Muara Tuang pada 15 Dis 2013 dengan jayanya. YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami telah menyempurnakan acara Perasmian Majlis Sambutan HUT 3 Bgd Ke 54 yang dihadiri oleh seluruh warga 3 Bgd bersama keluarga masing-masing bagi memeriahkan majlis. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan tersebut yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu kategori anggota tentera, BAKAT serta kanak-kanak. Antara aktiviti pada sebelah siang adalah seperti acara senam robik, sukaneka, tarik tali dan sukan air manakala pertandingan karaoke, pakaian beragam, cabutan bertuah dan persembahan pentas oleh Band Bamfylde pada sebelah malam.

Sabtu, 7 Disember 2013

PENUTUP KARNIVAL SUKAN 3 BGD TAHUN 2013


Anggota pasukan bergambar bersama Peg Mem 10 RRD

Kem Muara Tuang, Sarawak : Sempena Majlis Penutup Karnival Sukan 3 Bgd Tahun 2013 yang dilangsungkan pada 7 Dis 2013 bertempat di Stadium Kem Muara Tuang, Kota Samarahan telah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan 10 RRD menentang pasukan 11 RAMD dengan keputusan 10 RRD menewaskan 11 RAMD dengan jaringan 7 berbalas 0.

Rabu, 4 Disember 2013

MAJLIS MERAIKAN AHLI BERSARA DAN BERTUKAR KELUAR



Kuching, Sarawak : Pada 4 Dis 2013 bertempat di Kuching Park, semua ahli Café Bujang Berani 10 RRD melibatkan 33 orang PTT Kanan telah mengadakan majlis meraikan ahli yang bersara dan bertukar keluar bagi memberi penghargaan kepada PTT Kanan yang diraikan atas jasa yang telah mereka sumbangkan kepada pasukan selama mereka berkhidmat di 10 RRD. SMR 10 RRD, PW I Michal ak Tuleh selaku pengerusi Café Bujang Berani yang berucap mewakili semua ahli Café Bujang Berani 10 RRD merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas jasa-jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ahli yang diraikan. Beliau juga mengingatkan semua ahli bahawa ini bukanlah titik noktah perhubungan mereka dan beliau berharap hubungan erat selama ini terus terjalin walaupun setelah bersara ataupun setelah berkhidmat di tempat yang baru kelak. Di akhir majlis, PW I Michal ak Tuleh telah menyampaikan cenderahati kepada 8 ahli Café Bujang Berani 10 RRD yang diraikan.