SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Piala Bujang Berani

PIALA BUJANG BERANI


Piala Pusingan Bujang Berani merupakan sumbangan Leftenan Kolonel Ismail Nasaruddin bin Yeop, Pegawai Memerintah Ke 9 Batalion Ke 10 Rejimen Renjer Diraja. Piala ini dianugerahkan kepada Kompeni Terbaik pasukan Batalion Ke 10 Rejimen Renjer Diraja. Replika Buaya Tembaga yang bertakhta di atas piala ini melambangkan kegagahan, keberanian dan keupayaan bertempur untuk menghancurkan musuh. Sifat buaya yang sentiasa tenang dan mampu membuat kejutan dengan serangan pantas dan ganas tanpa belas kasihan adalah ciri-ciri pahlawan pasukan Batalion Ke 10 Rejimen Renjer Diraja. Tapak piala tersebut diperbuat daripada Kayu Berlian yang melambangkan asas kepahlawanan yang kukuh dan mampu mendokong setiap misi yang diamanahkan dengan penuh bertanggungjawab dan sempurna. Bujang Berani membawa erti Pahlawan Berani yang tidak gentar terhadap musuh serta sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Pemilihan Kompeni Terbaik setiap tahun dipilih berdasarkan kepada pencapaian terbaik di dalam Karnival Bujang Berani yang terdiri daripada beberapa acara ketenteraan dan sukan. Di antara acara-acara yang dipertandingkan adalah Jalan Lasak, Road Relay, Merentas Desa, Bola Sepak, Ragbi, Hoki, Bola Tampar, Sepak Takraw dan Bola Keranjang. Kompeni yang mengumpul jumlah mata tertinggi berdasarkan acara-acara tersebut akan dinobatkan sebagai Kompeni Terbaik.

Kompeni Terbaik Pada Tahun 2013 
Kompeni Alpha 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan