SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Sejarah Pasukan


PERINTIS BATALION KE 10 REJIMEN RENJER DIRAJA

Batalion Ke 10 Rejimen Renjer Diraja telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 melalui surat kuasa KP/TD/ATUR/4664 Jilid 5 bertarikh 22 Dis 1979. Namun begitu, Nukleus 10 RRD mula wujud pada 1 Apr 1980 di Wade Wing, KEMENTAH dengan keanggotaan nukleus terdiri daripada 2 Pegawai dan 22 LLP.


FASA PENUBUHAN BATALION

Fasa Pertama : Perancangan dan Persiapan (1 Jan 1980 hingga 30 Jun 1980)

Fasa Kedua : Pergerakan Anggota dan Keluarga ke Bau, Sarawak
(1 Mei 1980 hingga 1 Ogos 1980)

Fasa Ketiga : Konsolidasi, Latihan Semula dan Kontijensi 
(15 Julai 1980 hingga 1 Mac 1981)

         Pergerakan anggota ke Bau, Sarawak dilaksanakan secara berperingkat - peringkat. Anggota-anggota dari 6 RRD telah bergerak dari Kem Oya, Sibu, Sarawak pada 15 Mei 1980 dengan menaiki bot ekspress. Anggota-anggota dari 5  RRD bergerak dari Kem Simanggang, Seri Aman pada 7 dan 10 Jun 1980 sementara anggota-anggota dari 1 RRD dan 4 RRD bergerak dari Pelabuhan Klang dengan menaiki Kapal MV Sang Fajar pada 22 Jul 1980.

      Keanggotaan  yang melengkapkan batalion ini adalah daripada Batalion 1 RRD, Batalion 4 RRD, Batalion 5  RRD dan Batalion 6 RRD. Penubuhan Batalion 10 RRD telah dirancangkan di Bau, Sarawak. Rancangan penempatan kompeni-kompeni adalah seperti berikut :

       a) Kem Tasik Emas - Markas Batalion, Kompeni Alpha dan Kompeni Markas (kecuali Pl Kenderaan)
       b) Kem Tasik Biru - Kompeni Bravo dan Kompeni Charlie
       c) Kem Perisai - Kompeni Delta dan Pl Kenderaan

PENGISYTIHARAN STATUS OPERASI

          Setelah semua anggota dan peralatan tiba di Bau, Sarawak pasukan telah melaksanakan konsolidasi dan pentadbiran. Pasukan seterusnya telah melaksanakan latihan semula untuk mencapai status operasi. Pada 3 Jan 1981, satu perbarisan gilang gemilang telah diadakan di Padang Kawad Kem Penrissen. Di dalam perbarisan tersebut, Panglima Wilayah II, Mej Jen Datuk Abdullah bin Shamsuddin dengan secara rasminya telah mengisytiharkan 10 RRD mencapai status operasinya. Penugasan pertama di dalam tugas operasi adalah Ops KERIS PARANG/GABUNGAN mulai 15 Jan 1981 hingga 5 Mac 1981 di kawasan Lundu, Sarawak.


PEMBUBARAN BATALION KE 10 REJIMEN RENJER DIRAJA
PADA  12 JULAI 1995

          Di bawah rancangan penyusunan semula struktur Tentera Darat menjelang tahun 2000 , 10 RRD telah diputuskan untuk diletakkan di bawah implimentasi semula  (under implimentation). Istiadat Paluan Berundur sempena under implimentation pasukan telah dilaksanakan pada 12 Jul 1995 di padang kawad pasukan. YBhg Jen Dato’ Che Md Noor bin Mat Arshad, Panglima Tentera Darat pada ketika itu telah hadir bagi menyempurnakan upacara tersebut.

          Dengan rancangan under implimentation ini, semua anggota 10 RRD telah diserapkan ke batalion -batalion Rejimen Renjer Diraja yang lain. Terdapat juga anggota-anggota yang diserapkan ke lain-lain Kor di dalam Tentera Darat.

PENUBUHAN SEMULA BATALION KE 10 REJIMEN RENJER DIRAJA
PADA  31 DIS 2008

Selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pembangunan TD Siri 9/08 pada 31 Dis 2008, Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja akan ditubuhkan semula di Kem Muara Tuang, Kuching, Sarawak. Penubuhan 10 RRD adalah bertujuan untuk melengkapkan 3 buah batalion infantri di bawah naungan 3 Bgd dan memenuhi keperluan menempatkan 1 x batalion infantri di Kem Muara Tuang.

    Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja berkuatkuasa ditubuhkan semula pada 1 Okt 2009. Namun Tim nukleus batalion ini hanya dapat dikumpulkan pada 13 Jan 2010 dan ditumpangkan di Jabatanarah Infantri,di bawah Sel Reorg dan Doktrin. Tim nukleus ini terdiri daripada 3 pegawai dan 4 LLP yang diketuai oleh Mej Azman bin A. Rahman selaku Penolong Pegawai Memerintah serta di bantu oleh Mej Shaifullizan bin Abd Aziz sebagai PS 2 Reorg dan Doktrin. Tim nukleus ini telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan segala keperluan berkaitan perkara operasi, pentadbiran dan logistik  sehingga Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja di ditubuh sepenuhnya di Kem Muara Tuang, Kuching, Sarawak.

Keseluruhan pegawai dan anggota peringkat pertama telah melapor di Kem Ria, Kuching, Sarawak mulai 22 Sep 10 hingga 29 Sep 10. Pergerakan peringkat kedua seramai 4 peg dan 122 LLP mulai 14 Jul 11 hingga 20 Jul 11. Rancangan pengisian anggota - dibuat secara berperingkat  dengan sasaran mencapai kadar 84 % menjelang tahun 2013.

•     Peringkat awal – Pengisian anggota pada kadar 60 % dan anggota-anggota diambil dari batalion RRD.

•    Baki pengisian – Baki 24 % adalah melalui pengambilan perajurit muda dari PUSASDA pada tahun 2011 dan 2012.

Sehingga kini tim nukleus masih lagi meneruskan melaksanakan peranan dan tugas sepertimana yang terdapat di dalam arahan yang berkaitan dengan penubuhan 10 Rejimen Renjer Diraja.

PENEMPATAN PASUKAN
 Wade Wing, Kementah (1 Jan 1980 hingga 31 Mac 1980)

Kem Tasik Emas, Bau, Sarawak (1 Apr 1980 hingga 31 Dis 1987)

Kem Syed Putra, Ipoh, Perak (1 Jan 1988 hingga 30 Okt 1991)

Kem Oya, Sibu (1 Nov 1991 hingga 12 Julai 1995)

Kem Ria, Kuching, Sarawak (29 Sep 2010 hingga 21 Ogos 2012)

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak (22 Ogos 2012 hingga kini)

LAMBANG PASUKAN

Warna pada lambang pasukan telah diilhamkan oleh Pegawai Memerintah yang pertama iaitu Lt Kol Mohd Johari bin Selan. Beliau mencadangkan warna pada lambang pasukan dipetik dari warna bendera Sri Triwarna Sarawak iaitu biru, putih dan merah. Warna-warna tersebut membawa pengertian seperti berikut:

•    Biru. Warna ini membawa maksud perpaduan pasukan sebagai sebuah batalion di dalam Rejimen Renjer Diraja yang terdiri dari berbilang bangsa, kaum agama dan keturunan yang saling bekerjasama erat antara satu sama lain bagi mencapai kejayaan dalam semua bidang.

•    Putih. Warna ini membawa maksud kesucian dan kejujuran. Sifat-sifat murni yang terdapat pada setiap warga batalion dalam menjalankan tugas dan kewajiban seharian.

•    Merah. Warna ini membawa maksud keberanian dan keazaman. Sifat-sifat keperwiraan yang mengalir di dalam setiap diri warga batalion ini yang bersedia menghadapi cabaran.


7 ulasan:

  1. Tahniah dan terima kasih atas paparan sejarah berkaitan arwah ayah saya Lt Kol Mohd Johari bin Selan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan. Semoga Arwah Lt Kol Mohd Johari bin Selan ditempatkan bersama orang beriman.

    BalasPadam
  3. Saya pernah bertugas di 10 RRD pada tahun 1980 hingga 1986 & asal dari 4 RRD. Pernah bertugas di komp C, A, Plt UCIS & komp Mks (pejabat risik). Semuga 10 RRD terus maju dengan jayanya. Agi Idup Agi Ngelaban. 💪💪💪

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arwah abang saya juga pernah berkhidmat dgn 4RRD..masa tu 4RRD di kem wardieburn KL..kemudian 4RRD bertukar ke kem pakit simanggang...arwah rekrut di PD tahun 79 kalau x silap saya...no tentera dia 1019739 pbt kamarudin..

      Padam
  4. Almarhum Kamarudin tu skot saya & sama2 menjalani latihan lanjutan rikrut 4 RRD di Kem Wardieburn KL. Semuga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas sejarah ini....arwah ayah saya pernah berkhidmat 10 renjer dari awal penubuhan hingga bubar...

    BalasPadam