SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Sabtu, 22 Februari 2014

KEM KEPIMPINAN MUDA SK WIRA JAYA, PENRISSEN



Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 22 Feb 2014 yang lalu, 10 RRD telah menganjurkan satu program kepimpinan iaitu Kem Kepimpinan Muda SK Wira Jaya, Penrissen bertempat di Survival Village 10 RRD. Program ini dilaksanakan selama sehari dan diselitkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar bagi meningkatkan keyakinan dan keberanian pelajar dalam memikul tanggungjawab sebagai pengawas dan ketua kelas di sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti acara senamrobik, boat cruise, jungle tracking, ceramah kepimpinan dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Matlamat utama kem kepimpinan ini adalah untuk melahirkan pemimpin muda yang mampu memimpin diri sendiri dan rakan-rakan sekolah selain untuk meningkatkan keyakinan diri serta membentuk sifat keberanian dalam diri mereka. 

Selasa, 18 Februari 2014

PENYERAHAN BENDERA TIM AKUATIK 1 DIVISYEN



Kem Muara Tuang, Sarawak :  Pada 18 Feb 2014 bertempat di Kompleks Sukan Kem Muara Tuang, YBhg Panglima 1 Divisyen, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera 1 Divisyen kepada Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku Pengurus Tim Akuatik 1 Divisyen. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pegawai Kanan MK 1 Divisyen, Ketua Staf MK 3 Bgd serta Pegawai Memerintah dan Pemerintah sekitar Kuching.

Jumaat, 14 Februari 2014

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH



Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Tanggal 14 Feb 2014 bertempat di Padang Kawad 10 RRD menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah 10 RRD di antara Mej Zamri bin Majid dan Mej Anuar bin Ahmad. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Norazizi bin Nazaruddin yang melibatkan 13 Peg dan 210 LLP. Majlis menandatangani Nota Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop.

Khamis, 13 Februari 2014

PROGRAM TITIAN KECEMERLANGAN TAHUN 2014 SMK TABUAN JAYA


Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menjayakan Program Titian Kecemerlangan  Tahun 2014 anjuran bersama SMK Tabuan Jaya mulai 13 - 15 Februari 2014 yang lepas. Seramai 342 pelajar lelaki dan perempuan telah menyertai program ini dengan dibantu oleh 35 orang guru sekolah. Pelaksanaan program ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama menjalani latihan di SMK Tabuan Jaya dan kumpulan kedua menjalani latihan di 10 RRD. Antara aktiviti yang dilaksanakan di SMK Tabuan Jaya seperti aktiviti kerohanian, muhasabah diri, ceramah kerjaya tentera, ceramah psikologi sukan, demonstrasi mendirikan khemah dan ikatan, latihan kecergasan dan ketahanan, latihan kawad kaki dan aktiviti team building. Bagi aktiviti yang dilaksanakan di 10 RRD pula dikelolakan oleh jurulatih pegawai dan anggota dari 10 RRD seperti mendirikan khemah, kelas malam dan latihan berjalan malam, latihan ketahanan mental dan demonstrasi ikhtiar hidup di Survival Village 10 RRD.