SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 15 Ogos 2014

KEM JATI DIRI SMK LAKE, BAU


Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada
wakil 10 RRD, Lt Mohammad Firdaus bin Zulkifli 
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Lake, Bau mulai 13 Ogos hingga 15 Ogos 2014 yang lalu. Kem jati diri ini telah dihadiri oleh 60 orang pelajar dan 5 orang guru. Kapt Nizam Nor Amri bin Johari selaku pegawai penyelaras penganjur serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu oleh guru-guru sekolah.
     Pelbagai aktiviti telah diselitkan dalam aturcara program seperti wira halangan, ice breaking session, ceramah motivasi dan jati diri, combat road relay, latihan jasmani, muhasabah diri dan aktiviti wira malam. Semua program yang dirancang dan dilaksanakan adalah bagi memupuk serta menyemai semangat jati diri di kalangan peserta, membentuk semangat kerjasama berkumpulan dan membentuk sifat keberanian serta keyakinan para peserta. Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh En Andry Sani, Ketua Guru Disiplin SMK Lake.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan