SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 21 November 2014

FUTURE LEADER CAMP 2.0 ANJURAN UNIMAS

Fasilitator dan peserta kursus bergambar bersama sebagai kenang-kenangan

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan: Seramai 11 orang fasilitator dan 33 peserta mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah melaksanakan program Future Leader Camp 2.0 di 10 RRD mulai 21 Nov hingga 23 Nov 2014 yang lalu. Program ini dirancang oleh pihak pelajar dari UNIMAS yang bertujuan untuk membentuk, mengasah dan menyemai sifat kepimpinan dalam diri setiap peserta untuk menjadi seorang pemimpin masa hadapan yang kritis dan berpengetahuan sejajar dengan perkembangan semasa. Program yang dirangka ini sedikit sebanyak telah mendedahkan kepada peserta dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar kelas bagi memberikan mereka merasai sendiri pengalaman yang mungkin tidak mereka rasai atau pelajari semasa berada di universiti. Upacara penutup dan penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh En Adri Syafik bin Ahmad Nasir sambil diiringi oleh Kapt Carl Hansen ak Sapoi.

Jumaat, 14 November 2014

KEM JATI DIRI SMK SRI MATANG


Guru dan jurulatih bergambar beramai-ramai sebelum disuraikan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan: Bertempat di Survival Village 10 RRD, seramai 6 orang guru dan 41 orang pelajar dari SMK Sri Matang telah melaksanakan kem jati diri mulai 14 Nov hingga 16 Nov 2014 yang lalu. Penganjuran kem jati diri ini dilaksanakan di Camp X di kawasan hutan Survival Village  bagi memberikan pengalaman sebenar kepada peserta menjalani kehidupan dalam suasana yang susah, menguji kesabaran peserta dan memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. Antara aktiviti yang telah disusun dan dilaksanakan seperti wira halangan, jungle tracking, wira malam, aktiviti team building dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Jurulatih dari pasukan turut dibantu oleh guru-guru sekolah bagi memastikan objektif kem ini tercapai sepenuhnya. Upacara penutup dan penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Sri Matang, Puan Ratnawati binti Bakarudin

KEM JATI DIRI SMK BANDAR SAMARIANG


Guru dan jurulatih bergambar beramai-ramai bersama pelajar

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan: Seramai 6 orang guru dan 43 orang pelajar dari SMK Bandar Samariang telah melaksanakan kem jati diri di 10 RRD mulai 14 Nov hingga 16 Nov 2014 yang lalu. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, pelbagai aktiviti mencabar dan menarik telah dirancang bersama guru-guru sekolah supaya perjalanan aktiviti sejajar dengan matlamat kursus. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti jungle night walk, muhasabah diri, wira malam, aktiviti team building dan malam akrab. Upacara penutup dan penyampaian hadiah kem jati diri ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Samariang, Encik Abd Othman bin Abg Masagus.

Selasa, 11 November 2014

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH


Pegawai Memerintah menyempurnakan pemakaian pangkat SSjn Dosih ak Chuking

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan: Seramai 13 Peg dan 130 LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah yang diadakan pada 11 Nov 2014 yang lalu. Perbarisan ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Anuar bin Ahmad. Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada 11 anggota pasukan yang masing-masing 2 x SSjn dan 9 x Kpl. Mendahului senarai adalah SSjn Dosih ak Chuking, SSjn Novine ak Matino, Kpl Franky Duel, Kpl Herryson ak Ginos, Kpl Jeffery ak Tomson, Kpl Jovinton Hellary, Kpl Sudin ak Mansor, Kpl Steven Seman ak Sang, Kpl Kristoper Kuintin dan Kpl Gabriel ak Angga. Upacara perbarisan dan pemakaian pangkat kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri anggota yang dinaikkan pangkat sebagai bukti sokongan mereka terhadap kerjaya suami masing-masing.

Isnin, 10 November 2014

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT KOR RRD 2014



Kem Ulu Tiram, Ulu Tiram: Kejohanan Sepak Takraw Kor RRD Tahun 2014 pada tahun ini telah diadakan di 1 RRD, Kem Ulu Tiram selaku pasukan penganjur kejohanan yang berlangsung mulai 10 Nov hingga 14 Nov 2014 lalu. 10 RRD yang diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan 2 RRD, 4 RRD, 7 RRD dan 9 RRD telah berjaya menjadi Naib Johan Peringkat Kumpulan B tetapi tewas menentang 1 RRD selaku Johan Kumpulan A dalam perlawanan peringkat separuh akhir. Walaupun tewas di tangan tuan rumah di peringkat separuh akhir, 10 RRD berjaya menebus kekecewaan dengan menundukkan 8 RRD dalam perlawanan penentuan tempat Ke 3.

Khamis, 6 November 2014

KEM SEPUNCAK KASIH SMK PETRA JAYA


Guru dan pelajar bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan


Kem Muara Tuang, Kota Samarahan: Seramai 8 guru dan 45 pelajar dari SMK Petra Jaya telah telibat dalam melaksanakan Kem Sepuncak Kasih SMK Petra Jaya di 10 RRD mulai 6 Nov hingga 8 Nov 2014 yang lalu. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti ceramah, wira halangan, aktiviti team building, water confidence, boat cruise dan malam akrab. Program ini telah dikelolakan oleh oleh Kapt Carl Hansen ak Sapoi serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan. Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Semerah Padi iaitu Encik Abdul Radzak. Dalam ucapan beliau, beliau berasa amat berpuas hati dengan penganjuran kem kemuncak kasih ini dan berharap agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi di kem ini pada masa akan datang