SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 8 Ogos 2014

KEM KEPIMPINAN SMK ST THOMAS

Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta kem kepimpinan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 6 guru dan 83 pelajar dari SMK St Thomas, Kuching telah melaksanakan Kem Kepimpinan di 10 RRD mulai 8 Ogos hingga 10 Ogos 2014 yang lalu. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, aktiviti team building, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Program ini telah dikelolakan oleh Kapt Nizam Nor Amri bin Johari serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan. 
      Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Kamri bin Hip, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK St Thomas. Dalam ucapan beliau, beliau berasa amat berpuas hati dengan penganjuran program kepimpinan ini dan berharap agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi di kem ini pada masa akan datang. Beliau menyifatkan penganjuran kem kepimpinan kali ini berbeza dengan kem kepimpinan sebelum ini kerana guru dan pelajar didedahkan dengan pengalaman melaksanakan aktiviti di dalam kem tentera dan ini sekali gus dapat memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui serta mempelajari sedikit sebanyak tentang kemahiran ilmu ketenteraan yang tidak pernah mereka pelajari semasa di sekolah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan