SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 14 Disember 2014

MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION PROGRAM (MCTP) DI KAMPUNG SEMPADI, LUNDU


Pelancaran MCTP dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, Yang Berbahagia
Datu Hj Misnu bin Hj Taha sambil diiringi oleh Panglima 1 Divisyen, Datuk Stephen Mundaw


Sempadi, Lundu: Pelancaran Mobile Community Transformation (MCTP) di Kampung Sempadi, Lundu anjuran bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kerajaan Negeri Sarawak telah disempurnakan dengan jayanya oleh Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, Yang Berbahagia Datu Hj Misnu bin Hj Taha sambil diiringi oleh Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw pada 14 Dis 2014 yang lalu. Program ini yang dikelolakan oleh 10 RRD selaku pasukan penyelaras bersama Pejabat Daerah Lundu ini telah dilaksanakan di SK Sempadi dan disertai oleh pelbagai agensi awam seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, KEMAS, Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Baitulmal Sarawak.

Khamis, 11 Disember 2014

PERTANDINGAN BOWLING DAN MAJLIS PENGHARGAAN AHLI BAKAT BERTUKAR KELUAR/BERSARA



Pengerusi BAKAT 10 RRD bergambar bersama-sama ahli BAKAT sebagai kenang-kenangan selepas bermain bowling


Kota Samarahan, Sarawak: Bertempat di Pusat Bowling Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 11 Dis 2014 yang lalu, ahli BAKAT 10 RRD telah berjaya mengadakan dua aktiviti serentak iaitu pertandingan bowling BAKAT peringkat pasukan dan meraikan ahli BAKAT yang akan bertukar keluar/bersara. Pertandingan bowling dianjurkan bertujuan bagi memilih peserta yang akan mewakili pasukan dalam pertandingan bowling BAKAT peringkat 3 Briged yang dilaksanakan pada 12 Dis 2014.

Isnin, 8 Disember 2014

‘BUJANG BERANI’ UNGGUL DALAM KARNIVAL SUKAN 3 BGD TAHUN 2014


Pegawai Memerintah 10 RRD bergambar bersama pemain dan warga 10 RRD sambil menjulang Piala Pusingan Johan Keseluruhan Karnival Sukan Peringkat 3 Briged Tahun 2014

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan: Kebangkitan semangat juang Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Sarawak memang tidak boleh dinafikan lagi terutamanya dalam bidang sukan di bawah naungan formasi Briged Ketiga Infantri Malaysia di Kuching, Sarawak. Sesuai dengan terikan perangnya ‘Bujang Berani’ sudah cukup mengerunkan lawan apatah lagi telah menunjukkan pencapaian dan kecemerlangan yang sungguh membanggakan di kepulauan Borneo ini sejak tahun 2013 lagi. Berbekalkan semangat inilah telah membantu Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja mempertahankan gelaran kejuaraan buat kali kedua berturut - turut sejak tahun 2013 lagi dalam Karnival Sukan Peringkat 3 Briged.