SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 22 Ogos 2014

KEM YAKIN DIRI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DAERAH PADAWAN ANJURAN SK SEMENGGOK

Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, En Mohd Buckley Abdullah menyampaikan hadiah kepada
peserta Kem Yakin Diri PPKI sambil diiringi Guru Besar SK Semenggok, Puan Ithnaini binti Tahir
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah bergabung tenaga dalam menjayakan program jati diri dan kepimpinan pelajar sekolah-sekolah di sekitar Kuching dan Samarahan sejak dari pertengahan tahun 2013 hingga sekarang. Pada 22 - 24 Ogos 2014 yang lalu, pasukan 10 RRD telah menganjurkan Kem Yakin Diri Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Daerah Padawan anjuran bersama PPKI SK Semenggok yang disertai seramai 35 guru Pendidikan Khas dan 45 murid-murid khas yang terdiri dari 36 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Penganjuran Kem Yakin Diri ini merupakan aktiviti yang ke 25 telah dianjurkan oleh pasukan 10 RRD bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak setakat ini. Ini sekali gus membuktikan komitmen pasukan 10 RRD dalam menyokong aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang melibatkan guru, pelajar sekolah dan ibu bapa pelajar dalam mendukung dasar dan inspirasi pendidikan negara.

Komitmen pasukan 10 RRD dalam penganjuran bersama Kem Yakin Diri PKKI kali ini jelas sekali menunjukkan bahawa pasukan tidak mengabaikan golongan pelajar yang kurang bernasib baik ini malah sentiasa menyokong penuh usaha Kementerian Pendidikan dalam mendidik murid-murid khas ini dan sentiasa mengalu-alukan penyertaan mereka dalam melaksanakan program seperti ini pada masa akan datang. Jurulatih pasukan 10 RRD dibantu oleh guru berpengalaman dan terlatih telah berkerjasama dalam merangka aktiviti untuk membolehkan  murid-murid khas ini dapat mengikuti aktiviti yang dirancangkan mengikut kemampuan murid-murid. Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan melibatkan aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan luar kelas.

Murid-murid khas ini tetap diberi layanan sama seperti pelajar lain oleh jurulatih samaada dari pihak tentera mahupun guru sekolah mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada kita yang memerlukan perhatian khusus untuk meneruskan kecemerlangan dalam pelajaran mahupun pembelajaran. Upacara penutup kem jati diri ini telah disempurnakan oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak iaitu En Mohd Buckley Abdullah diiringi oleh Guru Besar SK Semenggok, Puan Ithnaini binti Tahir.


Peserta sedang melaksanakan latihan berenang di Kolam Renang Komplek Sukan Kem Muara Tuang  sambil diawasi oleh jurulatih dan penyelamat dari pasukan 10 RRD

Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, En Mohd Buckley Abdullah menyampaikan cenderahatipenghargaan kepada Kapten Jorani ak Dawum mewakili Pegawai Memerintah 10 RRD



Tiada ulasan:

Catat Ulasan