SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 24 Ogos 2014

KEM KEPIMPINAN KOLEJ ABDILLAH KUCHING

Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta kem kepimpinan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 6 orang guru dan 64 orang pelajar dari Kolej Abdillah Kuching telah melaksanakan Kem Kepimpinan Kolej Abdillah di 10 RRD mulai 24 Ogos hingga 26 Ogos 2014 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dirancang melibatkan aktiviti dalam dan luar kelas bagi mendedahkan pelajar dengan keadaan mencabar pembelajaran di luar kelas yang sebelum ini tidak mereka pelajari di sekolah. Bagi aktiviti dalam kelas, pelajar banyak dilatih bekerja secara berkumpulan atau berpasukan seperti aktiviti team building, ceramah kepimpinan dan perbincangan berkumpulan bersama fasilatator yang dilantik. Bagi aktiviti diluar kelas, pelajar-pelajar didedahkan dengan beberapa aktiviti lasak seperti Wira Halangan, Wira Malam, latihan jasmani dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Guru dan jurulatih dari pasukan 10 RRD telah berkerjasama bagi membimbing dan mengajar pelajar bagi memastikan objektif yang digariskan oleh pihak sekolah tercapai sepenuhnya.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah Kem Kepimpinan Kolej Abdillah telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Abdillah, Puan Hajah Mastura binti Hj Anuar. Dalam ucapan penutup beliau menyifatkan program seperti ini sangat penting bagi semua pelajar kerana kepimpinan dalam diri setiap peserta perlu digilap dan diasah bagi membolehkan mereka menonjolkan sifat-sifat kepimpinan yang ada dalam diri masing-masing.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan