SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 15 Disember 2013

SAMBUTAN HUT 3 BGD KE 54




Kem Muara Tuang, Sarawak : 10 RRD telah diberi kepercayaan oleh 3 Bgd bagi menganjurkan Hari Keluarga 3 Bgd sempena Sambutan HUT 3 Bgd Ke 54 di Kem Muara Tuang pada 15 Dis 2013 dengan jayanya. YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami telah menyempurnakan acara Perasmian Majlis Sambutan HUT 3 Bgd Ke 54 yang dihadiri oleh seluruh warga 3 Bgd bersama keluarga masing-masing bagi memeriahkan majlis. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan tersebut yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu kategori anggota tentera, BAKAT serta kanak-kanak. Antara aktiviti pada sebelah siang adalah seperti acara senam robik, sukaneka, tarik tali dan sukan air manakala pertandingan karaoke, pakaian beragam, cabutan bertuah dan persembahan pentas oleh Band Bamfylde pada sebelah malam.

Sabtu, 7 Disember 2013

PENUTUP KARNIVAL SUKAN 3 BGD TAHUN 2013


Anggota pasukan bergambar bersama Peg Mem 10 RRD

Kem Muara Tuang, Sarawak : Sempena Majlis Penutup Karnival Sukan 3 Bgd Tahun 2013 yang dilangsungkan pada 7 Dis 2013 bertempat di Stadium Kem Muara Tuang, Kota Samarahan telah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan 10 RRD menentang pasukan 11 RAMD dengan keputusan 10 RRD menewaskan 11 RAMD dengan jaringan 7 berbalas 0.

Rabu, 4 Disember 2013

MAJLIS MERAIKAN AHLI BERSARA DAN BERTUKAR KELUAR



Kuching, Sarawak : Pada 4 Dis 2013 bertempat di Kuching Park, semua ahli Café Bujang Berani 10 RRD melibatkan 33 orang PTT Kanan telah mengadakan majlis meraikan ahli yang bersara dan bertukar keluar bagi memberi penghargaan kepada PTT Kanan yang diraikan atas jasa yang telah mereka sumbangkan kepada pasukan selama mereka berkhidmat di 10 RRD. SMR 10 RRD, PW I Michal ak Tuleh selaku pengerusi Café Bujang Berani yang berucap mewakili semua ahli Café Bujang Berani 10 RRD merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas jasa-jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ahli yang diraikan. Beliau juga mengingatkan semua ahli bahawa ini bukanlah titik noktah perhubungan mereka dan beliau berharap hubungan erat selama ini terus terjalin walaupun setelah bersara ataupun setelah berkhidmat di tempat yang baru kelak. Di akhir majlis, PW I Michal ak Tuleh telah menyampaikan cenderahati kepada 8 ahli Café Bujang Berani 10 RRD yang diraikan.

Jumaat, 1 November 2013

ARTIKEL NOVEMBER 2013


LAWATAN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS, SAMARINDAH KE SURVIVAL VILLAGE 10 RRD PADA 13 NOV 2013

Murid tadika bergambar di hadapan pintu gerbang Survival Village


Kem Muara Tuang, Sarawak : Murid-murid Tabika Kemas Samarindah, Kota Samarahan telah mengadakan lawatan ke Survival Village 10 RRD pada 13 Nov 2013 melibatkan seramai 8 orang guru dan 58 orang murid-murid. Program Tabika Kemas ini merupakan program akhir tahun yang dirancang oleh pihak pengurusan Tabika bagi membolehkan murid-murid beriadah sambil belajar. 

Rabu, 2 Oktober 2013

ARTIKEL OKTOBER 2013

PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN 10 RRD


Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :  10 RRD telah melaksanakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan pada 25 Okt 2013 yang lepas. Pemeriksaan tersebut adalah untuk menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan pasukan untuk diaturgerakkan pada bila-bila masa. Pemeriksaan Tadbir Tahunan telah dilaksanakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Nazir bin Mami. Selain Pemeriksaan Tadbir Tahunan, ianya juga merupakan Lawatan Ulung Panglima 3 Bgd ke pasukan 10 RRD sejak beliau memegang tampuk pemerintahan 3 Bgd.

Ahad, 1 September 2013

ARTIKEL SEPTEMBER 2013


SAMBUTAN JUBLI EMAS REJIMEN RENJER DIRAJA (1963-2013)
Kolonel Yang DiPertua RRD bergambar bersama peserta golf

Mantin, Negeri Sembilan : Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan mencemar duli beriadah bermain golf di Staffield Country Resort, Mantin bersama Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia dan pegawai - pegawai kor RRD sempena sambutan Jubli Emas RRD.

Jumaat, 2 Ogos 2013

ARTIKEL OGOS 2013


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGERUSI KOR
REJIMEN RENJER DIRAJA


Kota Samarahan, Sarawak :  Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja bersama warga Rejimen Renjer Diraja kawasan Kuching pada malam 1 Ogos 2013. Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar bersama isteri Datin Noraihan binti Ibrahim diserikan lagi dengan kehadiran pegawai dan anggota lain-lain peringkat bersama isteri masing-masing telah menyemarakkan suasana majlis ini. Majlis yang dihadiri hampir 200 orang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain peringkat dari pelbagai bangsa dan agama telah membuktikan bahawa Kor Rejimen Renjer Diraja mempunyai keunikan tersendiri dalam organisasi keanggotaannya.

Isnin, 1 Julai 2013

ARTIKEL JULAI 2013


PERBARISAN SERAH MENYERAH TUGAS PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH DAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA 10 RRD


Mej Samzie ak Gusang menyerahkan tugas  kepada Mej Norazizi bin  Nazaruddin selaku pemangku Penolong Pegawai Memerintah


Kem Muara Tuang, Sarawak : Seramai 12 pegawai dan 208 anggota lain-lain peringkat telah terlibat dengan Perbarisan Serah Menyerah Tugas Penolong Pegawai Memerintah 10 RRD yang telah diadakan pada 8 Jul 2013 di Padang Kawad Pasukan. Upacara menandatangani dan penyerahan Nota Serah Menyerah Tugas Penolong Pegawai Memerintah kepada pemangku Penolong Pegawai Memerintah iaitu Mejar Norazizi bin Nazaruddin telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop.

Ahad, 2 Jun 2013

ARTIKEL JUN 2013


PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT DAN PENUTUP KURSUS PIFA
PADA 13 JUN 2013

Pegawai Memerintah memakaikan pangkat kepada anggota


Kem Muara Tuang, Sarawak  :  13 Jun 2013, seramai 6 kali anggota lain-lain pangkat telah dinaikan pangkat dari Lans Koperal ke Koperal dan Renjer ke Lans Koperal dalam Perbarisan Pemakaian Pangkat dan Penutup Kursus Pendidikan Islam dan Fardhu Ain (PIFA) Tahap 3 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop di padang kawad pasukan. Seramai 17 peserta kursus PIFA telah menamatkan kursus tersebut yang berlangsung mulai 10 Jun hingga 13 Jun 2013 di 10 RRD.

Rabu, 1 Mei 2013

ARTIKEL MEI 2013


UPACARA PENUTUP KURSUS KADER SIRI 1/2013 PADA 22 MEI 2013


Pegawai Memerintah 10 RRD bergambar bersama penuntut kursus


Kem Muara Tuang, Sarawak :  Upacara penutup Kursus Kader Siri 1/2013 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop yang berlangsung di Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD  pada 22 Mei 2013.

Sabtu, 13 April 2013

PERTANDINGAN BADMINTON BAKAT 1 DIV TAHUN 2013



Kem Muara Tuang : Seramai 15 ahli BAKAT 10 RRD telah menyertai Pertandingan Badminton Bakat Peringkat 1 DIV di Stadium Tertutup, Kem Muara Tuang selama 2 hari mulai 13 – 14 Apr 2013. Seramai 17 tim dibawah naungan 1 Div telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.  Di akhir pertandingan menyaksikan perlawanan diantara BAKAT 10 RRD menentang BAKAT Kem 3 Bgd dengan keputusan BAKAT 10 RRD menjuarai perlawanan tersebut. BAKAT 10 RRD telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Badminton BAKAT 1 Div Tahun 2013. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT 1 Div, Datin Noraihan binti Ibrahim.

Ahad, 7 April 2013

SAMBUTAN MILITARY COMMUNITY VOLUNTEERING DAY DI LE’ PARK, PUSAT INTEGRASI BERSEPADU KUCHING (KIRC)




KUCHING, 07 April 2013 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menganjurkan Hari Terbuka ATM di Le’Park Pusat Integrasi Bersepadu Kuching (KIRC) mulai 6 – 7 Apr 2013. Majlis perasmian Hari Terbuka ATM telah disempurnakan oleh Y.A.B Pehin Sri Hj Abd Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Ketua Menteri dalam ucapannya menginggatkan agar anggota ATM sentiasa bersiap sedia bagi menjamin keselamatan negara dari sebarang ancaman kerana organisasi ini merupakan Barisan Hadapan mesti sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan melalui operasi dan latihan yang diadakan secara berterusan. Beliau merujuk situasi pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini. Tambahnya lagi, hubungan erat diantara ATM dan masyarakat harus dikekalkan dan  bagi mengekal keamanan negara.


Khamis, 28 Mac 2013

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI


Kem Muara Tuang : Satu perbarisan pemakaian pangkat pegawai telah diadakan di perkarangan Platun Kenderaan pada 28 Mac 2013. Dalam upacara ringkas ini, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop telah menyempurnakan pemakaian pangkat Kapt ke Mejar kepada Kapt Donny ak Ulak. Mej Donny ak Ulak kekal dipasukan dan membuat tugas Ketua Kompeni Bravo. Perbarisan tersebut telah disaksikan oleh 11 Peg dan 180 LLP.

Ahad, 24 Mac 2013

MESYUARAT TAHUNAN BAKAT 10 RRD


Kem Muara Tuang : Pada 23 Mac 2013, BAKAT 10 RRD telah mengadakan Mesyuarat Tahunan BAKAT 10 RRD yang berlangsung di Dewan Makan Pasukan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Norliza binti Yahya, Pengerusi BAKAT 10 RRD. Tujuan mesyuarat BAKAT ini diadakan adalah untuk melantik AJK-AJK yang baru dan membincangkan aktiviti-aktiviti BAKAT pasukan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. 

Sabtu, 23 Mac 2013

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH DAN PEMAKAIAN PANGKAT


Kem Muara Tuang : Perbarisan Pegawai Memerintah dan Pemakaian Pangkat telah diadakan di Padang Kawad 10 RRD pada 23 Mac 2013. Upacara pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop serta turut dibantu oleh isteri anggota yang dinaikkan pangkat. Seramai 59 LLP yang layak telah dinaikkan pangkat dalam upacara tersebut.

Jumaat, 1 Mac 2013

PERBARISAN HUT TD KE 80 DAN PEMAKAIAN PANGKAT


Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin  Yeop menyempurnakan 
Pemakaian Pangkat kepada anggota 10 RRD yang dinaikkan pangkat

Kem Penrissen, Kunching : Warga 1 Div menyambut HUT TD Ke-80 dengan begitu meriah bertempat di Padang Kawad 4 RAJD pada 1 Mac 2013. Perbarisan tersebut juga turut dimeriahkan dengan pemakaian pangkat secara besar-besaran melibatkan semua unit di bawah naungan 1 Div. Upacara pemakaian pangkat gabungan MK 1 Div telah disempurnakan oleh YBhg Panglima 1 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Zaki bin Hj Mokthar. Dalam majlis tersebut, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 76 LLP 10 RRD yang telah layak dinaikkan pangkat secara Time Base.

Jumaat, 22 Februari 2013

PERBARISAN SMR 10 RRD


Kem Muara Tuang : Pada 22 Feb 2013, satu Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) 10 RRD telah diadakan di Padang Kawad Pasukan. Perbarisan ini telah melibatkan 213 x LLP yang diketuai oleh PW 2 Nekson ak Sagum. Dalam ucapan SMR 10 RRD, PW I Michal ak Tuleh telah memberi peringatan kepada seluruh anggota LLP supaya sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi sebagai seorang anggota tentera yang terlatih sebilang masa dan sentiasa memberikan kerjasama kepada semua pegawai di pasukan. Beliau berharap dengan adanya semangat kerjasama yang jitu di kalangan pegawai dan anggota akan dapat meningkatkan kecemerlangan pasukan di peringkat briged mahupun peringkat divisyen.

Jumaat, 1 Februari 2013

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT 10 RRD



Kem Muara Tuang : Pada 01 Feb 2013 bertempat di Rumah BAKAT Pasukan telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 10 RRD diantara Pemangku Pengerusi BAKAT, Puan Mastura bte Hamid (isteri Mej Zamzuri bin Azmi) dengan Puan Norliza Bti Yahya, Pengerusi BAKAT 10 RRD. Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT tersebut disaksikan oleh Datin Hanim binti Jeraai, Pengerusi BAKAT 3 Bgd. 

Rabu, 30 Januari 2013

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD




Kem Muara Tuang : Perbarisan Pegawai Memerintah 10 RRD telah diadakan dengan jayanya pada 30 Jan 2013 bertempat di Padang Kawad Pasukan. Perbarisan ini merupakan perbarisan ulung beliau sejak mengambil alih tugas Pegawai Memerintah 10 RRD. Seramai 10 Peg dan 210 LLP telah menjayakan perbarisan tersebut dan perbarisan telah diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Samzie ak Gusang.

Jumaat, 25 Januari 2013

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD



Kem Muara Tuang : Seramai 10 Peg dan 214 LLP telah  terlibat di dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 10 RRD yang diadakan di Padang Kawad Pasukan pada 25 Jan 2013. Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop telah dilantik menjadi Pegawai Memerintah 10 RRD yang baru menggantikan Lt Kol Jamaluddin bin Yaacob yang bertukar keluar ke INSPEKA untuk menyambung pelajaran beliau di sana.    Upacara Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin.

PAMERAN PERKAMPUNGAN IKHTIAR HIDUP DI KEM PAKIT, SRI AMAN




Sri Aman, Sarawak Pasukan 10 RRD telah dijemput untuk mengadakan pameran Perkampungan Ikhtiar Hidup Sempena HUT 13 RAMD pada 25 Jan 13 hingga 27 Jan 13 dengan jayanya. Selain pasukan 10 RRD, pelbagai agensi awam dan kerajaan turut mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Bagi menarik perhatian pengunjung yang hadir ke pameran tersebut, Tim Survival 10 RRD telah membuat beberapa demonstrasi seperti menghidupkan api menggunakan batu dan kayu, memasak ayam pansuh dalam buluh, pengenalan kepada tumbuh-tumbuhan hutan, membuat pondok sementara di dalam hutan serta cara-cara memasang jerat dan perangkap. Rata-rata pengunjung yang hadir memberikan komen dan sambutan yang baik kerana inilah julung kalinya aktiviti ini dibuat di pekan Sri Aman.

Sabtu, 12 Januari 2013

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI BAKAT 10 RRD




Kem Muara Tuang: Pada 12 Jan 2013 bertempat di Dewan Makan Pasukan telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 10 RRD diantara mantan Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Noor Afida dengan Puan Mastura bte Hamid (isteri Mej Zamzuri bin Azmi) sebagai Pemangku Pengerusi BAKAT sementara. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan mantan Pengerusi BAKAT 10 RRD yang bertukar keluar untuk mengikut suami beliau yang menyambung pelajaran di INSPEKA, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

MAJLIS JAMUAN SEMPENA MERAIKAN PERPISAHAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD



Kem Muara Tuang : Sempena Perpisahan Pegawai Memerintah 10 RRD, satu Majlis Makan Malam Sempena Meraikan Perpisahan Pegawai Memerintah telah diadakan di Dewan Makan Pasukan pada 12 Jan 2013. Dalam majlis tersebut, Penolong Pegawai Memerintah, Mej Samzie ak Gusang telah menyampaikan cenderahati kepada mantan Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Jamaluddin bin Yaacob sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari seluruh warga pasukan. Mantan Pegawai Memerintah dalam ucapan beliau menyeru seluruh warga pasukan supaya memberikan kerjasama yang jitu kepada Pegawai Memerintah yang baru nanti dan beliau berharap kecemerlangan 10 RRD akan berterusan sampai bila-bila. Beliau juga berpesan supaya semua pegawai dan anggota hendaklah saling hormat-menghormati dan mengekalkan keharmonian yang telah sedia ada wujud didalam pasukan ini.

Jumaat, 11 Januari 2013

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD


  
Kem Muara Tuang: Satu Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 10 RRD telah diadakan pada 11 Jan 2013 bertempat di Padang Kawad Pasukan. Majlis tersebut menyaksikan Penyerahan Nota Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah di antara mantan Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Jamaluddin bin Yaacob kepada Penolong Pegawai Memerintah, Mej Samzie ak Gusang sebagai Pemangku Pegawai Memerintah. Perbarisan serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh 13 Peg dan 213 LLP dan Ketua Perbarisan adalah Mej Zamzuri bin Azmi.

Rabu, 2 Januari 2013

PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT

    Peg Mem 10 RRD menyempurnakan pemakaian pangkat Kapt Norazizi ke Pangkuan Mejar


KEM MUARA TUANG: Perbarisan Pegawai Memerintah 10 RRD dan Pemakaian Pangkat telah diadakan di Padang Kawad Pasukan pada 2 Jan 2013 melibatkan 13 x Peg dan 198 x LLP. Perbarisan menyaksikan pemakaian pangkat Kapt Norazizi ke Pangkuan Mejar yang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol  Jamaluddin bin Yaacob. Beliau kekal di pasukan membuat tugas sebagai Ketua Kompeni C.