SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 15 Ogos 2014

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 10 RRD 2014

YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Md Yusof bin Aziz dan isteri Puan Misnah binti
Harun  menyampaikan duit raya kepada anak-anak anggota warga 10 RRD

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Tanggal 15 Ogos 2014 yang lalu, 10 RRD telah melaksanakan Majis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan. Majlis rumah terbuka hari raya ini dibuat dalam dua fasa iaitu sebelah petang terbuka untuk semua tetamu dari semua pasukan di kawasan Kuching dan pada sebelah petang untuk warga 10 RRD bersama keluarga masing-masing.
       Tujuan rumah terbuka ini dibuat adalah bagi merapatkan hubungan siratulrahim di kalangan pegawai dan anggota tentera yang berada di sekitar kawasan Kuching dan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan pegawai, anggota dan isteri warga pasukan. Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ini juga dihadiri oleh Panglima 3 Briged, Brig Jen Md Yusof bin Aziz dan isteri Puan Misnah binti Harun. YBhg Panglima 3 Briged, Brig Jen Md Yusof bin Aziz dan isteri Puan Misnah binti Harun turut menyempurnakan acara penyampaian duit raya kepada anak-anak warga 10 RRD sambil diiringi oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dan isteri Puan Norliza binti Yahya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan