SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 23 Mei 2014

KEM KEPIMPINAN SMK BANDAR SAMARIANG, KUCHING


Peserta program bergambar beramai-ramai semasa acara penutup
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Survival Village 10 RRD sekali lagi memerima kunjungan dari SMK Bandar Samariang yang terdiri daripada 18 orang guru dan 157 orang pelajar sempena program Kem Kepimpinan SMK Bandar Samariang mulai 23 Mei hingga 25 Mei 2014 yang lalu. Memang tidak dinafikan bahawa pasukan ini sudah mendapat perhatian daripada pihak sekolah sekitar kawasan Kuching kerana telah berjaya melaksanakan banyak program kem kepimpinan mahupun kem jati diri sejak awal tahun lagi. Seperti biasa, antara aktiviti dan program yang telah disusun dan dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, memasang hammock, aktiviti team building, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.

Selasa, 20 Mei 2014

KEM JATI DIRI SMK GEDONG, SERIAN


Peserta bergambar kenangan di hadapan Camp X
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Bertempat di Survival Village 10 RRD, seramai 4 orang guru dan 40 orang pelajar dari SMK Gedong, Serian telah melaksanakan Kem Jati Diri mulai 20 Mei hingga 22 Mei 2014 yang lalu. Penganjuran kem jati diri ini dilaksanakan sepenuhnya di kawasan hutan Survival Village  bagi memberikan pengalaman sebenar kepada peserta menjalani kehidupan dalam suasana yang susah, menguji kesabaran peserta dan memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. Antara aktiviti yang telah disusun dan dilaksanakan seperti latihan jasmani, jungle tracking, wira malam, aktiviti team building dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. 

Isnin, 19 Mei 2014

LAWATAN PLKN KEM PUNCAK PERMAI, BAU


Pelatih mencuba tumbuhan ikhtiar hidup di Survival Village 10 RRD
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Seramai 374 orang pelatih dan 47 orang jurulatih dari PLKN Kem Puncak Permai, Bau diketuai oleh Kem Komandan Mej Norman Tay bin Hj Abidin telah mengadakan lawatan sehari di Survival Village 10 RRD pada 19 Mei 2014 yang lalu. Lawatan ini merupakan lawatan kali kedua oleh PLKN Kem Puncak Permai ke pasukan ini dalam tahun 2014 dan program lawatan seperti ini merupakan program yang dirancang oleh pihak pengurusan PLKN Kem Puncak Permai sendiri bagi mendedahkan pelatih kepada kemahiran ikhtiar hidup dan memberi pengalaman kepada pelatih tentang rutin anggota tentera semasa berada di dalam hutan. Antara aktiviti yang dimuatkan dalam aturcara lawatan adalah persembahan demonstrasi memasak RTBK, demonstrasi jerat, pangkalan hutan, jungle tracking, pameran peralatan tentera dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. 

Jumaat, 16 Mei 2014

KEM JATI DIRI SMK MATANG HILIR

Peserta berbaris mendengar taklimat aktiviti Wira Malam
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : SMK Matang Hilir, Kuching telah melaksanakan Kem Jati Diri di Survival Village 10 RRD mulai 16 Mei hingga 18 Mei 2014 yang lalu.  Seramai 5 orang guru dan 36 orang pelajar telah terlibat dengan kem jati diri ini. Guru-guru sekolah turut serta membantu jurulatih dari pasukan ini bergabung tenaga dan pengalaman untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan supaya objektif yang telah digariskan oleh pihak sekolah dapat dicapai dengan jayanya. Semua aktiviti program seperti syarahan, latihan jasmani, jungle tracking, wira malam, aktiviti team building dan demonstrasi ikhtiar hidup adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar serta pengalaman kepada peserta kerana aktiviti seperti ini tidak mereka perolehi semasa di sekolah.

Rabu, 14 Mei 2014

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD

YBhg Peg Memerintah menyaksikan pemakaian pangkat oleh isteri Mej Jimson
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Seramai 14 Peg dan 180 LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah pada 14 Mei 2014 yang lalu. Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Anuar bin Ahmad. Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop turut menyempurnakan acara pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota 10 RRD yang dinaikkan pangkat. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli BAKAT pasukan yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada suami masing-masing serta pasukan ini. Mendahului senarai pemakaian pangkat pegawai dari Kapten ke Mejar iaitu Kapt Jimson ak Banggek dan Leftenan Muda ke  Leftenan iaitu Lt M Mohd Ismail bin Mat Yahaya. Bagi pemakaian pangkat anggota llp pula, kenaikan pangkat dari Sjn ke SSjn iaitu Sjn Norismail bin Abeng, Sjn Mohd Fadillah bin Yahya, Sjn Peter ak Tokop dan Sjn Maxson ak Amit manakala dari LKpl ke Kpl iaitu  LKpl Wainoh bin Jenel, LKpl Supri bin Bustani, LKpl Osman bin Aman, LKpl Abu Bakar bin Hashim, LKpl Lani ak Anggat dan LKpl Selomi ak Likau.

KEM JATI DIRI SMK SG TAPANG

Peserta menjalankan aktiviti merentas halangan
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Seramai 8 orang guru dan 50 orang pelajar dari SMK Sg Tapang, Kuching telah melaksanakan Kem Jati Diri di Survival Village 10 RRD mulai 14 Mei hingga 15 Mei 2014 yang lalu. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, pelbagai aktiviti mencabar dan menarik telah dirancang bersama guru-guru sekolah supaya perjalanan aktiviti sejajar dengan matlamat kursus. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti jungle tracking, muhasabah diri, wira malam, aktiviti team building dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.

Jumaat, 9 Mei 2014

KEM KEPIMPINAN SK ST AMBROSE, KUCHING


Peserta melapor ke Survival Village 10 RRD
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Bertempat di Survival Village 10 RRD, seramai 4 orang guru dan 29 pelajar dari SK St Ambrose telah telibat dalam Kem Kepimpinan mulai 9 Mei hingga 11 Mei 2014 yang lalu. Kapt Nizam Nor Amri bin Johari selaku Pegawai Penyelaras Kem Kepimpinan ini telah dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan serta guru-guru pengiring telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. Tujuan utama kem kepimpinan ini adalah bagi mengasah dan membentuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar seawal di sekolah rendah lagi supaya mereka mendapat pengalaman yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan dedikasi pada masa akan datang.

KEM BADAN BERUNIFORM SK DATO TRAOH

Para peserta menyiapkan bendera sindiket dengan tekun
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Pada 9 Mei hingga 10 Mei 2014 yang lalu, seramai 24 guru dan 109 pelajar dari SK Dato Traoh, Kuching telah melaksanakan Kem Badan Beruniform di sekitar Survival Village 10 RRD. Sepanjang program ini dilaksanakan, semua peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti syarahan ketenteraan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, aktiviti team building dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.  Pihak guru serta dibantu oleh beberapa jurulatih dari pasukan ini telah berkerjasama dalam melaksanakan semua aktiviti yang dirancang bagi memaksimumkan kejayaan sejajar dengan objektif yang telah digariskan untuk dicapai.

Ahad, 4 Mei 2014

KEM KEPIMPINAN SMK SEMERAH PADI

Para pelajar gigih menjalankan aktiviti jungle trekking 
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Seramai 10 guru dan 130 pelajar dari SMK Semerah Padi telah telibat dalam melaksanakan Kem Kepimpinan di 10 RRD mulai 2 Mei hingga 4 Mei 2014 yang lalu. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, memasang hammock, aktiviti team building, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Program ini telah dikelolakan oleh Kapt Sabastian ak Banjar serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan 10 RRD.