SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Selasa, 26 Ogos 2014

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD

Pegawai Memerintah menyampaikan Sijil Anugerah Khidmat
Cemerlang kepada Kapt Carl Hansen ak Sapoi
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 10 Peg dan 160 LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah pada 26 Ogos 2014 yang lalu. Perbarisan ini diketuai oleh Ketua Kompeni B, Kapt Nizam Nor Amri bin Johari. Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop turut menyempurnakan acara pemakaian pangkat dan penyampaian Sijil Khidmat Cemerlang kepada pegawai dan anggota 10 RRD. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli BAKAT pasukan yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada suami masing-masing serta pasukan ini. 

Bagi pemakaian pangkat anggota LLP iaitu dari Kpl ke Pangkuan Sjn seramai 7 orang, LKpl ke Kpl seramai 16 orang dan Rjr ke LKpl seramai 3 orang.  Mendahului senarai pemakaian pangkat dari Kpl ke Pangkuan Sjn iaitu Kpl Christoper Lani ak Unggu, Kpl Willy ak Kanchil, Kpl Christmas ak Utom, Kpl Jepry ak Segau, Kpl Mohd Khairil bin Anuar, Kpl Mohamad Solahuddin bin Abdullah dan Kpl Belaja bin Abu Bakar. Bagi pemakaian pangkat dari LKpl ke Kpl didahului oleh LKpl Herman Tin oak Meluda, LKpl Nicholas ak Jaga, LKpl Poster ak Nili, LKpl Gabriel ak Angga, LKpl Lesmi ak Bulu, LKpl Mohd Faizal bin Majuhi, LKpl Sebastian Maruin ak Martin, LKpl Zainal bin Samsudin, LKpl Abdul Hafiz bin Joilim, LKpl Abdullah bin Ahmad, LKpl Fabian Dana ak Edi, LKpl Sulau ak Petrik, LKpl Benedick ak Lama, LKpl Robert ak Guang, LKpl Johnny Timban ak Empaling dan LKpl Martin ak Pitre Ambit manakala pemakaian pangkat dari Rjr ke LKpl iaitu  Rjr Charles ak Bakin, Rjr Wilson Munggu ak Dilang dan Rjr Rasli bin Awang Senek.

Bagi penerima Sijil Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2014 pula, seramai 1 x pegawai dan 19 LLP telah menerima sijil masing-masing yang didahului oleh Kapt Carl Hansen ak Sapoi, SSjn Chagat ak Andrew, SSjn Dies ak Noses, SSjn Sylvester ak Enchee, SSjn Agong ak Sendi, SSjn Mohd Fadilah bin Yahya, Sjn Degen ak Dagang, Sjn Mohd Khairil bin Anuar, Sjn Bantin ak Silong, Kpl Nyanduh ak Nambah, Kpl Philip ak Dabong, Kpl Sping ak Jimbat, Kpl Sypian ak Saka, Kpl Mohd Areinoor bin Awan, Kpl Yusof bin Amil Hamza, Kpl Ron Wilson ak Saidi, Kpl Rafael ak John, LKpl Alee ak Stephen, LKpl Abdul Hafiz bin Joilim dan LKpl Firdaus bin Mukis.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan