SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Sabtu, 25 Januari 2014

PROGRAM HARI BERSAMA MEDIA DI SURVIVAL VILLAGE 10 RRD


Kem Muara Tuang, Sarawak : 10 RRD telah melaksanakan Program Sehari Bersama Media anjuran MK 1 Divisyen pada 25 Jan 2014 di Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD. Seramai 14 orang peserta media telah hadir dalam program ini iaitu dari RTM, Al-Hijrah, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star, Utusan Sarawak dan Sarawak Tribune. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Panglima 1 Divisyen, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar dan Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami serta semua Pegawai Memerintah dan Pegawai Pemerintah di kawasan Kuching. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memupuk jalinan kerjasama dengan pengamal media serta bagi memberi pendedahan kepada peserta media merasai sendiri pengalaman berada di dalam hutan dan menimba ilmu berkenaan ikhtiar hidup melalui demonstrasi yang ditunjukkan oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.

Ahad, 19 Januari 2014

MESYUARAT TAHUNAN BAKAT 10 RRD TAHUN 2014



Kem Muara Tuang, Sarawak : Pada 18 Jan 2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan, ahli BAKAT telah mengadakan Mesyuarat Tahunan BAKAT 10 RRD Tahun 2014 yang dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza Binti Yahya.  Turut hadir dalam mesyuarat adalah Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop, Penolong Pegawai Memerintah dan semua Ketua Kompeni. Tujuan Mesyuarat Tahunan BAKAT ini diadakan adalah bagi melantik AJK-AJK BAKAT yang baru bagi mengalas tugas dan tanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di peringkat pasukan, peringkat briged mahupun peringkat divisyen. Selain itu, pengerusi juga mengingatkan kepada semua ahli BAKAT supaya sentiasa mengambil berat kebajikan keluarga anggota dan sentiasa berhubung antara satu sama lain bagi mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli-ahli BAKAT.

PENUTUP KURSUS KADER SIRI 2/2013 AJURAN 10 RRD


Sesi bergambar bersama Peg Mem 10 RRD


Kem Muara Tuang, Sarawak : Seramai 21 penuntut telah berjaya menamatkan Kursus KADER (Dec) Siri 2/2013 anjuran 10 RRD bertempat di Kawasan Perkampungan Ikhtiar Hidup 10 RRD mulai 9 Dis 2013 hingga 18 Jan 2014. Upacara penutup dan penyampaian sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop pada 18 Jan 2014.

PERBARISAN HUT KE 19 DAN SERAH TERIMA TUGAS SMR 10 RRD


Peg Mem bergambar bersama anggota 10 RRD

Kem Muara Tuang, Sarawak : Perbarisan Hari Ulang Tahun Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja Yang Ke - 19 dan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) telah dilaksanakan dengan jayanya di Padang Kawad Pasukan pada 18 Jan 2014. Seramai 18 pegawai dan 203 anggota lain-lain peringkat telah terlibat dalam perbarisan yang bersejarah ini.

Khamis, 16 Januari 2014

PENUTUP KARNIVAL SUKAN 10 RRD TAHUN 2013


Kem Muara Tuang, Sarawak : Pada 15 Jan 2014 yang lalu, 10 RRD telah mengadakan Penutup Karnival Sukan Antara Kompeni Tahun 2013 menyaksikan perlawanan akhir bola sepak diantara Kompeni A menentang Kompeni B dengan keputusan Kompeni A menang dengan jaringan 4 – 0. Karnival sukan antara kompeni ini telah berlangsung mulai 6 Nov 2013 hingga 15 Jan 2014 melibatkan sebanyak 9 acara telah dipertandingkan iaitu sepak takraw, merentas desa, road relay, hoki, bola tampar, bola keranjang, ragbi, jalan lasak dan bola sepak.


Isnin, 6 Januari 2014

MAJLIS JAMUAN MERAIKAN PERSARAAN SMR 10 RRD



Kuching, Sarawak : Seramai 40 orang ahli Cafe Bujang Berani 10 RRD telah mengadakan majlis sempena meraikan persaraan SMR 10 RRD, PW I Michal ak Tuleh di Kuching Park pada 5 Jan 2014. Majlis diadakan bagi menghargai segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di 10 RRD. Upacara penyampaian cenderahati kepada mantan SMR 10 RRD telah di sempurnakan oleh PW I Douglas ak Dain yang mewakili semua PTT Kanan 10 RRD.