SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Selasa, 13 Januari 2015

PERBARISAN HARI ULANG TAHUN 10 RRD YANG KE-35

Pegawai Memerintah 10 RRD bergambar bersama seluruh warga pasukan
Kota Samarahan, Sarawak: Tanggal 1 Jan 2015 maka genaplah 35 tahun penubuhan Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan. Bagi memperingati 35 tahun penubuhannya, satu Perbarisan  Hari Ulang Tahun  Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja Yang Ke - 35 telah dilaksanakan pada 13 Jan 2015 bertempat di Padang Kawad pasukan. Perbarisan diketuai oleh Mejar Anuar bin Ahmad selaku Ketua Perbarisan, Ajutan Perbarisan Kapt Amirul Nazimi bin Hj Jarani dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan PW 1 Douglas ak Duin. Seramai 18 pegawai dan 191 anggota lain-lain pangkat telah terlibat dalam perbarisan ini yang turut dihadiri oleh ahli BAKAT pasukan.

Pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh pasukan ini sejak awal penubuhannya pada 1 Jan 1980 lagi sehinggalah penubuhan semula 10 RRD pada tahun 2009. Semangat juang yang ditunjukkan oleh seluruh warga Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja dalam semua bidang menunjukkan pasukan ini sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan tugas dalam sebarang keadaan dan kemungkinan. Selain cemerlang dalam bidang sukan, pasukan ini tetap melaksanakan tanggungjawab membantu agensi tempatan seperti melaksanakan beberapa projek jiwa murni  dan menganjurkan beberapa program yang melibatkan pihak sekolah dan agensi luar di dalam kem seperti program kem jati diri, kem kepimpinan, kem motivasi dan kem yakin diri. Penganjuran program seperti ini dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama antara orang awam dengan pihak tentera sekaligus dapat mempromosikan profession ketenteraan kepada masyarakat setempat. Pengelibatan tentera dalam Projek Jiwa Murni seperti ini adalah bagi menyahut dan merealisasikan hasrat pemimpin atasan Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya dalam kontek tentera bersama rakyat bagi membantu masyarakat awam dalam mensejahterakan rakyat.


Dalam perbarisan HUT 10 RRD Ke-35 ini juga, Pegawai Memerintah 10 RRD, Leftenan Kolonel Ismail Nasaruddin bin Yeop turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat secara Time Based kepada 75 anggota pasukan yang layak dinaikkan pangkat. Bagi menghargai kenaikkan pangkat anggota kahwin, isteri masing-masing diberi penghormatan bagi memakaikan sendiri pangkat suami masing-masing sambil disaksikan oleh Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Ismail Nasaruddin bin Yeop.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan