SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 17 Mac 2014

KEM JATI DIRI SMK BANDAR SAMARIANG

Peserta program bergambar semasa sesi penutup Kem Jati Diri

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Bandar Samariang yang telah dilaksanakan dengan jayanya mulai 17 Mac hingga 18 Mac 2014 yang lalu. Program jati diri yang dianjurkan selama dua hari itu telah dihadiri oleh 46 orang pelajar dan 6 orang guru. Kapt Nizam Nor Amri bin Johari selaku pegawai penyelaras penganjur serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu oleh guru-guru sekolah.

Selasa, 11 Mac 2014

LAWATAN PLKN KEM PUNCAK PERMAI, BAU



Pelatih PLKN cuba menghidupkan api menggunakan bahan semulajadi

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :  Seramai 403 orang pelatih dan 23 orang jurulatih dari PLKN Kem Puncak Permai, Bau diketuai oleh Kem Komandan Mej Norman Tay bin Hj Abidin telah mengadakan lawatan sehari di Survival Village 10 RRD pada 11 Mac 2014 yang lepas. Ketibaan semua pelatih dan jurulatih PLKN Kem Puncak Permai di 10 RRD telah disambut dan dimeriahkan dengan persembahan Tarian Perang Bujang Berani oleh anggota pasukan. Program lawatan ini merupakan satu program yang dirancang oleh pihak pengurusan PLKN Kem Puncak Permai sendiri bagi mendedahkan pelatih kepada kemahiran ikhtiar hidup dan memberi pengalaman kepada pelatih tentang rutin anggota tentera semasa berada di dalam hutan. Antara aktiviti yang dimuatkan dalam aturcara lawatan adalah persembahan tarian perang, demonstrasi memasak di medan, demonstrasi jerat, demonstrasi renang tempur, pangkalan hutan, jungle tracking dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.

Isnin, 10 Mac 2014

PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT 3 BGD TAHUN 2014

Panglima 3 Bgd melepaskan para peserta larian Merentas Desa 3 Bgd

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 10 Mac 2014 yang lalu, 10 RRD telah dilantik sebagai pasukan penganjur Pertandingan Merentas Desa Peringkat 3 Bgd bagi tahun 2014. YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami telah menyempurnakan acara perasmian dan pelepasan peserta di garisan permulaan bertempat di padang kawad pasukan. Penyertaan pertandingan merentas desa ini dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Tertutup, Lelaki Veteran, Wanita Terbuka dan Wanita Veteran. Seramai 445 peserta telah mendaftar sebagai peserta dari semua pasukan di bawah naungan 3 Bgd. Penyertaan pasukan bertanding dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Unit Besar yang terdiri dari pasukan 11 RAMD, 13 RAMD dan 10 RRD manakala bagi Unit Kecil terdiri dari MK 3 Bgd/Kem 3 Bgd, Rej 511 AW, 3 SSD, 3 Komp KPTD, 3 Komp KPD, 3 Wksp Bgd dan Gabungan MSSK/SBTD/801 RSAT/609 PGAT.

Rabu, 5 Mac 2014

MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN PENGGAL PERTAMA SIRI 1/2014



Ucapan pembukaan oleh Pengerusi, YBhg Pegawai Memerintah 10 RRD
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :  Pada 5 Mac 2014, pasukan telah mengadakan Mesyuarat Kebajikan Pasukan Penggal Pertama Siri 1/2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Pelbagai cadangan dan usul baru telah dikemukakan oleh setiap kompeni untuk dirujuk dan dibawa ke dalam mesyuarat ini terutama yang melibatkan kebajikan anggota. Semua usul dan cadangan tersebut telah mendapat perhatian Pegawai Memerintah dan beliau telah memutuskan beberapa cadangan yang dibincangkan dalam usul-usul baru dari warga pasukan demi untuk kebaikkan dan kepentingan warga pasukan.

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD


 Pegawai Memerintah memeriksa perbarisan sambil
diiringi oleh Penolong Pegawai Memerintah

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 13 Peg dan 190 LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah pada 5 Mac 2014 yang lalu. Perbarisan ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Anuar bin Ahmad. Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop turut menyempurnakan pemakaian pangkat Sjn ke SSjn iaitu 1105744 Sjn Rechman ak Sukin, penyampaian cenderahati kepada PTT Kanan yang bertukar keluar iaitu 1124317 Sjn Judan ak Dana serta penyampaian cek Insuran Kelompok Koperasi Tentera berjumlah RM 23,700.00 kepada 1169360 Rjr Mohammad Faizul bin Mohd Fauzi.

Ahad, 2 Mac 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PAKU


Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop
bergambar bersama peserta kursus dan guru SMK Paku

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 8 guru dan 69 pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah SMK Paku, Bau telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Sesi 2014 di 10 RRD mulai 28 Feb hingga 2 Mac 2014 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, memasang hammock, aktiviti team building, kawad kaki, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.