SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 25 April 2014

MAJLIS MERAIKAN AHLI BAKAT 10 RRD


Ahli Bakat 10 RRD bergambar bersama Pengerusi Bakat 10 RRD
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Bagi mengenang jasa dan pengorbanan ahli BAKAT 10 RRD, satu majlis ringkas sempena meraikan ahli BAKAT yang akan mengikut suami bertukar keluar telah diadakan di Bistro Bujang Berani 10 RRD pada 25 April 2014.

Rabu, 23 April 2014

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA TIM OLAHRAGA PEMERINTAHAN WILAYAH TIMUR 2014


Peg Mem 10 RRD selaku Ketua Tim menerima bendera Pem Wilayah Timur daripada
Panglima Pem Wilayah Timur
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Majlis Penyerahan Bendera Pemerintahan Wilayah Timur kepada Pengurus Tim Olahraga Pemerintahan Wilayah Timur telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 April 2014 yang lalu bertempat di Stadium Kem Muara Tuang. Majlis penyerahan bendera tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Pemerintahan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar kepada Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku Pengurus Tim Olahraga Pemerintahan Wilayah Timur.

Selasa, 22 April 2014

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR BAKAT PEMERINTAHAN WILAYAH TIMUR TAHUN 2014

Peserta Pertandingan memperagakan hadiah yang dimenangi
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pertandingan Bola Tampar BAKAT Pemerintahan Wilayah Timur telah dilaksanakan mulai 22 Apr hingga 24 Apr 2014 yang lalu bertempat di Stadium Tertutup, Kem Muara Tuang. Pertandingan ini telah disertai oleh semua pasukan naungan Pemerintahan Wilayah Timur di kawasan Kuching yang terdiri dari Tim Pemerintahan Wilayah Timur, Kem 1 Divisyen, Trup 1 Divisyen dan pasukan dari 3 Briged. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi memilih pemain bola tampar yang berkebolehan untuk mewakili Pemerintahan Wilayah Timur ke pertandingan bola tampar di peringkat yang lebih tinggi kelak.


BAKAT 10 RRD telah diundi dalam Kumpulan A dan berjaya menjadi Johan Kumpulan A sebelum tewas kepada pasukan dari 1 RSD selaku Naib Johan Kumpulan B dalam saingan separuh akhir. Dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, BAKAT 10 RRD telah menentang pasukan Pemerintahan Wilayah Timur dengan keputusan BAKAT 10 RRD berjaya menewaskan Pemerintahan Wilayah Timur untuk merangkul tempat ketiga pertandingan. Selain itu, BAKAT 10 RRD telah dipilih sebagai Pasukan Terbaik Pertandingan Bola Tampar BAKAT Pemerintahan Wilayah Timur Tahun 2014. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT Pemerintahan Wilayah Timur, Datin Noraihan binti Ibrahim.
Pengerusi Bakat PWT menyampaikan hadiah kepada pemenang

Bakat 10 RRD berjaya merangkul tempat ke-3

Khamis, 17 April 2014

KEM JATI DIRI SMK TUN ABDUL RAZAK

Sesi bergambar bersama guru dan pelajar SMK Tun Abdul Razak
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD sekali lagi berjaya menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Tun Abdul Razak  mulai 16 Apr hingga 17 Apr 2014 yang lalu. Program jati diri yang dianjurkan selama dua hari itu telah dihadiri oleh 5 orang guru dan 50 orang pelajar. Pelaksanaan program ini turut dibantu oleh guru-guru sekolah bagi memastikan objektif program kem jati diri ini tercapai sepenuhnya.

Ahad, 13 April 2014

KEM MOTIVASI SMK SEMENGGOK

Para pelajar membentangkan hasil kerja berkumpulan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 9 guru dan 50 pelajar dari SK Semenggok, Kuching telah melaksanakan Kem Motivasi UPSR di 10 RRD selama 3 hari mulai 11 Apr hingga 13 Apr 2014 yang lalu. Antara aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya seperti ice breaking session, problem solving, ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, wira kenal diri, qiamullail, memasang hammock, aktiviti team building, kawad kaki, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.

Sabtu, 12 April 2014

PERTANDINGAN MEMASAK BAKAT 1 DIV


Peserta Pertandingan Memasak bergambar bersama Pengerusi Bakat 1 Div
Kem Penrissen, Kuching : Pertandingan Memasak BAKAT Peringkat 1 Divisyen telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Bukavu, Kem Penrissen pada 12 April 2014 yang lalu. Dalam pertandingan ini, dua orang ahli BAKAT 10 RRD iaitu Puan Ida Rahayu bte Mohd Subki dan Puan Sarimah bte Bah Bae telah terpilih untuk mewakili formasi 3 Briged. Puan Ida Rahayu bte Mohd Subki telah berjaya mengharumkan nama formasi 3 Briged dan pasukan apabila beliau berjaya menjadi johan dalam kategori Pertandingan Memasak Nasi Tumpang. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT PWT Datin Noraihan binti Ibrahim.

Selasa, 1 April 2014

KEJOHANAN RAGBI MSSD SAMARAHAN


Peg Mem menerima cendera kenangan daripada PPD Kota Samarahan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan telah menganjurkan Kejohanan Ragbi MSSD Samarahan yang dikelolakan oleh SMK Muara Tuang dengan kerjasama 10 RRD bertempat di Padang Ragbi, Kompleks Sukan Kem Muara Tuang pada 1 Apr hingga 3  Apr 2014 yang lalu. Seramai 50 guru dan 365 peserta telah terlibat dalam kejohanan ini yang disertai oleh enam buah sekolah iaitu SMK Muara Tuang, SMK Sadong Jaya, SMK Asajaya, SMK Wira Penrissen, SMK Hajjah Laila Taib dan SMK Tebedu. Kejohanan ini telah dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun, Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun dan Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun.