SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 22 Ogos 2014

PROGRAM MOBILE TEAM TELOK MELANO

Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Tuan Hj Bujang Helmi bin Hazmi
merasmikan upacara gotong-royong baik pulih rumah nelayan milik En Kipli bin Jamali
Telok Melano, Sematan : Berlandaskan dengan motto ‘Tentera dan Awam Berpisah Tiada’, itulah yang boleh digambarkan dengan pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan kerana telah berjaya melaksanakan Projek Jiwa Murni gotong-royong baik pulih sebuah rumah nelayan bersama dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam Program Mobile Team Telok Melano mulai 22 - 24 Ogos 2014 yang lepas.

Pasukan 10 RRD yang diketuai oleh Kapten Mohamad Hisam bin Juss bersama 10 anggota telah membaikpulih sebuah rumah nelayan milik En Kipli bin Jamali yang merupakan antara lima peserta yang telah terpilih dalam Program Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Kampung Telok Melano secara gotong-royong selama sehari suntuk. Gotong-royong baik pulih rumah ini telah berjaya disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan dengan bantuan daripada agensi kerajaan lain seperti LKIM, KKWPK dan ABM.

Program Mobile Team Telok Melano ini dianjurkan oleh Kementerian Kebajikan Wanita Dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak bersama 17 agensi kerajaan telah bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini bagi memastikan misi program dicapai sepenuhnya. Bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia, seramai 3 pegawai dan 15 anggota lain-lain pangkat dari Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia telah terlibat secara langsung dengan Program Mobile Team Telok Melano ini yang memberi perkhidmatan pemeriksaan pergigian dan baik pulih rumah nelayan. Pengelibatan tentera dalam Projek Jiwa Murni ini bagi menyahut dan merealisasikan hasrat pemimpin atasan Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya dalam kontek tentera bersama rakyat bagi membantu masyarakat awam dalam mensejahterakan rakyat. Simbolik perasmian gotong-royong baik pulih rumah nelayan ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Tuan Hj Bujang Helmi bin Hazmi.



Anggota 10 RRD sedang melaksanakan gotong-royong baik pulih rumah En Kipli bin Jamali
  sambil dibantu oleh staf dari LKIM, KKWPK dan ABM
Sesi bergambar bersama pemilik rumah yang telah siap dibaik pulih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan