SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 31 Oktober 2014

KEJOHANAN PIALA SYED PUTRA

 KEJOHANAN PIALA SYED PUTRA

Tahniah....Pegawai Memerintah 10 RRD bergambar bersama 
semua pemain bola sepak pasukan
Stadium Maybank, Bangi: Semangat juang Bujang Berani yang disemai dikalangan anggota 10 RRD memang tidak dapat dinafikan lagi termasuklah dalam bidang sukan. Ini telah dibuktikan apabila 10 RRD telah dinobatkan sekali lagi sebagai johan Piala Syed Putra bagi tahun 2014 yang diadakan di Stadium Maybank, Bangi pada  31 Oktober 2014 yang lalu. Kenangan manis kejayaan merangkul kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut mulai tahun 2012, 2013 dan 2014 ini telah melakar sejarah pasukan dan turut dikongsikan bersama seluruh warga 10 RRD. Dalam perlawanan akhir yang menemukan pasukan 10 RRD menentang 1 RRD dengan kemenangan mutlak milik 10 RRD dengan jaringan 4 - 1. Perlawanan sengit yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan membuatkan penonton tidak senang duduk apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk menjaringkan gol.

Khamis, 23 Oktober 2014

LAWATAN PLKN KEM PUNCAK PERMAI, BAU

Jurulatih dan pelatih PLKN Kem Puncak Permai bergambar beramai-ramai 
 Kem Muara Tuang: Seramai 197 orang pelatih dan 50 orang jurulatih dari PLKN Kem Puncak Permai, Bau diketuai oleh Timbalan Kem Komandan Kapt Abd Hamid bin Amat telah mengadakan lawatan sehari di Survival Village 10 RRD pada 23 Okt 2014 yang lalu. Lawatan ini merupakan lawatan kali ketiga oleh PLKN Kem Puncak Permai ke pasukan ini dalam tahun 2014 dan program lawatan ini dirancang bagi mendedahkan pelatih kepada kemahiran ikhtiar hidup dan memberi pengalaman kepada pelatih tentang rutin anggota tentera semasa berada di dalam hutan. Antara aktiviti yang dimuatkan dalam aturcara lawatan adalah persembahan demonstrasi jerat dan perangkap, demonstrasi pondok, pangkalan hutan, pameran peralatan tentera, boat cruise dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.

Jumaat, 17 Oktober 2014

PROGRAM KEM JATI DIRI SK PENDIDIKAN KHAS KOTA SAMARAHAN

Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta program kem jati diri
Kota Samarahan: Seramai 31 orang guru dan 33 orang murid dari SK Pendidikan Khas Kota Samarahan telah terlibat dalam Kem Jati Diri anjuran bersama pihak sekolah dan 10 RRD mulai 17 Okt hingga 19 Okt 2014 yang lalu. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mempuk dan menanam semangat jati diri di kalangan murid-murid khas ini supaya mereka tidak merasa tersisih dengan masyarakat luar. Jurulatih pasukan 10 RRD dibantu oleh guru berpengalaman yang terlatih telah berkerjasama dalam merangka aktiviti untuk membolehkan  murid-murid khas ini dapat mengikuti aktiviti yang dirancangkan mengikut kemampuan murid-murid. Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan melibatkan aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan luar kelas seperti wira panji, jungle night walk, water confidence, boat cruise, demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Survival 10 RRD dan malam akrab. Upacara penutup kem jati diri ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Mariam binti Ahmad.

Jumaat, 10 Oktober 2014

KEM KEPIMPINAN SK GREEN ROAD

Sesi bergambar bersama peserta kem kepimpinan
Kem Muara Tuang, Sarawak : Seramai 5 guru dan 56 pelajar dari SK Green Road, Kuching telah melaksanakan Kem Kepimpinan di 10 RRD mulai 10 Okt hingga 12 Okt 2014 yang lalu. Kem Kepimpinan ini telah dikelolakan oleh Kapt Carl Hansen ak Sapoi serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan. Pelbagai aktiviti yang di rancang dan dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, aktiviti team building dan malam akrab yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan dalam diri setiap peserta. Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Hashim bin Jili, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Green Road. Beliau berasa gembira dan berpuas hati dengan penganjuran program kepimpinan ini dan berharap agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi di kem ini pada masa akan datang.

Selasa, 7 Oktober 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H/2014 M


Pegawai Memerintah bergambar bersama semua pegawai dan isteri
Kem Muara Tuang, Sarawak : Sempena Hari Raya Aidil Adha 1435H/2014M baru-baru ini, 10 RRD telah berkesempatan menyambut majlis ini bersama seluruh warga pasukan bertempat di Dewan Makan Pasukan pada 7 Okt 2014 yang lepas. Majlis yang disambut secara sederhana ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran anggota bersama keluarga masing-masing. Selain dapat merapatkan hubungan siratulrahim di kalangan pegawai dan anggota, majlis ini juga dapat memberi peluang kepada isteri-isteri pegawai dan anggota untuk bertukar-tukar pendapat dan bermesra antara satu sama lain. Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop berharap majlis seumpama ini akan diteruskan bagi semua sambutan hari perayaan agama lain kerana Kor RRD mempunyai keunikan tersendiri dalam organisasi keanggotaannya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.

Rabu, 1 Oktober 2014

MESYUARAT KEBAJIKAN PASUKAN PENGGAL KEDUA SIRI 2/2014


Ucapan pembukaan oleh Pengerusi, YBhg Pegawai Memerintah 
Kem Muara Tuang, Sarawak : Tanggal 1 Okt 2014, pasukan telah mengadakan Mesyuarat Kebajikan Pasukan Penggal Kedua Siri 2/2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi memastikan  semua cadangan dan usul baru yang telah dibangkitkan semasa mesyuarat penggal pertama yang lepas telah diambil tindakan bagi memastikan kebajikan anggota terpelihara.