SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 15 Februari 2015

LAWATAN PLKN KEM PUNCAK PERMAI

Kem Komandan PLKN Kem Puncak Permai menyampaikan hadiah kepada pelatih 
Kota Samarahan, Sarawak : 10 RRD sekali lagi menerima lawatan dari PLKN Kem Puncak Permai pada 15 Jan 2015 yang lalu. Dalam siri lawatan kali ini, seramai 40 jurulatih dan 402 pelatih PLKN Kem Puncak Permai telah terlibat dan ini merupakan siri lawatan pertama mereka ke pasukan ini bagi tahun 2015. Lawatan PLKN Kem Puncak Permai kali ini diketuai sendiri oleh Kem Komandan, Mej Norman Tay bin Hj Abidin dan dibantu oleh semua jurulatih pengiring. Bagi mengisi program lawatan, beberapa aktiviti telah dirancang seperti lawatan di Survival Village, demonstrasi menghidupkan api, demonstrasi jerat dan perangkap, pertandingan berakit dan beberapa aktiviti permainan. Menurut Komandan PLKN Kem Puncak Permai, lawatan ini merupakan lanjutan daripada beberapa siri lawatan yang sebelum ini bagi mencapai objektif yang digariskan. 

Selasa, 13 Januari 2015

PERBARISAN HARI ULANG TAHUN 10 RRD YANG KE-35

Pegawai Memerintah 10 RRD bergambar bersama seluruh warga pasukan
Kota Samarahan, Sarawak: Tanggal 1 Jan 2015 maka genaplah 35 tahun penubuhan Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan. Bagi memperingati 35 tahun penubuhannya, satu Perbarisan  Hari Ulang Tahun  Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja Yang Ke - 35 telah dilaksanakan pada 13 Jan 2015 bertempat di Padang Kawad pasukan. Perbarisan diketuai oleh Mejar Anuar bin Ahmad selaku Ketua Perbarisan, Ajutan Perbarisan Kapt Amirul Nazimi bin Hj Jarani dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan PW 1 Douglas ak Duin. Seramai 18 pegawai dan 191 anggota lain-lain pangkat telah terlibat dalam perbarisan ini yang turut dihadiri oleh ahli BAKAT pasukan.

Ahad, 11 Januari 2015

MESYUARAT PEMBUKAAN BAKAT 10 RRD TAHUN 2015

Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya bergambar bersama
 AJK BAKAT pasukan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 107 ahli BAKAT 10 RRD hadir dalam Mesyuarat Pembukaan BAKAT pasukan bagi tahun 2015 pada 11 Jan 2015 yang lalu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya dan turut hadir semasa mesyuarat Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Nasaruddin bin Yeop. Mesyuarat ini dibuat adalah bertujuan untuk membincangkan perkara dan aktiviti BAKAT yang dirancang bagi tahun 2015. Selain itu, dalam mesyuarat ini juga membolehkan ahli BAKAT untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan bagi menambahbaik organisasi BAKAT pasukan selain dapat mendengar permasalahan yang dihadapi oleh ahli-ahli BAKAT. Diakhir mesyuarat, Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya turut bergambar beramai-ramai bersama semua AJK BAKAT pasukan untuk kenang-kenangan.





Rabu, 7 Januari 2015

MAJLIS PERJUMPAAN PANGLIMA 3 BGD BERSAMA PEGAWAI DAN PTT KANAN 10 RRD

Panglima 3 Bgd, Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz berucap ketika
 menyampaikan amanat beliau
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :Tanggal 7 Jan 2015 yang lalu, Yang Berbahagia Panglima 3 Bgd, Brigedier Jeneral Md Yusof bin Aziz berkesempatan meluangkan masa untuk datang ke 10 RRD bagi berjumpa dengan semua pegawai dan PTT Kanan pasukan. Seramai 19 Peg dan 47 PTT Kanan terlibat dalam sesi perjumpaaan ini yang diadakan di Dewan Makan pasukan. Sesi perjumpaan YBhg Panglima 3 Bgd kali ini adalah bagi menyampaikan sendiri hasrat dan amanat beliau kepada semua pegawai dan PTT Kanan agar semua lapisan pemimpin samaada di peringkat pegawai mahupun PTT Kanan dapat merelasasikan semua arahan yang disampaikan dari pihak atasan terutama yang melibatkan aspek keselamatan. YBhg Panglima 3 Bgd berkehendakkan semua pemimpin untuk mengamalkan konsep ‘Back To Basic’ dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin supaya dapat diterapkan kepada semua peringkat anggota di bawah kawalan masing-masing. 

Isnin, 5 Januari 2015

MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI BERTUKAR KELUAR

Pegawai Memerintah 10 RRD menyampaikan cenderahati sebagai tanda
penghargaan pasukan kepada Mej Zamzuri bin Azmi
Kuching :Bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pegawai 10 RRD yang bertukar keluar, satu jamuan ringkas telah dibuat di Top Spot Food Court, Kuching pada 6 Jan 2015 yang lepas bagi meraikan dua pegawai pasukan yang bertukar keluar iaitu Mejar Jimson ak Banggek dan Mejar Zamzuri bin Azmi. Kedua-dua pegawai tersebut bertukar keluar berkuatkuasa pada 5 Jan 2015 yang lalu yang mana Mejar Jimson ak Banggek bertukar keluar ke BKTD dan Mejar Zamzuri bin Azmi bertukar keluar ke MK Logistik TD. Terlalu banyak jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh kedua-dua pegawai tersebut sepanjang mereka berkhidmat di pasukan ini dalam menaikkan nama 10 RRD hingga mencapai beberapa kejayaan yang sanggat membanggakan. Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua pegawai sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari semua pegawai dan anggota 10 RRD.


Pegawai Memerintah 10 RRD menyampaikan cenderahati sebagai tanda
penghargaan kepada Mej Jimson ak Banggek di Bistro Bujang Berani