SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 28 September 2014

KEM JATI DIRI SMK BATU KAWAH

Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta Kem Jati Diri SMK Batu Kawah

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD sekali lagi berjaya menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Batu Kawah  mulai 26 Sep hingga 28 Sep 2014 yang lalu. Program jati diri ini telah dihadiri oleh 15 orang guru dan 48 orang pelajar. Pelaksanaan program ini turut dibantu oleh guru-guru sekolah bagi memastikan objektif program kem jati diri ini tercapai sepenuhnya. Antara aktiviti yang telah diselitkan dalam aturcara program seperti mendirikan khemah, ice breaking session, muhasabah diri dan motivasi, latihan jasmani, aktiviti wira halangan, wira malam, wira yakin diri dan combat road relay. Semua program yang dirancang dan dilaksanakan adalah bagi memupuk serta menyemai semangat jati diri di kalangan peserta, membentuk semangat kerjasama berkumpulan dan membentuk sifat keberanian serta keyakinan para peserta. Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Batu Kawah, En Joseph Ng Shan Tsing.

Jumaat, 26 September 2014

PERTANDINGAN AKHIR PIALA SARAWAK

Menteri Muda Pembangunan Belia, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman bergambar bersama pemain ATM Sarawak
Stadium Negeri Sarawak, Kuching : Kecemerlangan tim bola sepak 10 RRD yang juga dikenali sebagai pasukan ATM Sarawak dalam kancah arena bola sepak di negeri Sarawak ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Pada tahun 2012 yang lalu, tim ATM Sarawak ini telah beraksi di pentas akhir tetapi kecundang apabila tewas kepada pasukan Kuching pada ketika itu. Dalam saingan Piala Sarawak 2014 baru-baru ini, tim ATM Sarawak telah mengulangi kecemerlangan tersebut apabila berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir menentang pasukan Samarahan apabila berjaya menjinakkan pasukan SUKMA 2016 dengan jaringan 2 berbalas 1 dalam saingan separuh akhir di Stadium Mini UNIMAS, Sarawak pada 26 Sep 2014 yang lepas.

Rabu, 24 September 2014

LAWATAN ULUNG PANGLIMA 3 BRIGED

Panglima 3 Briged bergambar bersama pegawai dan anggota 10 RRD
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :  10 RRD telah menerima Lawatan Ulung Panglima 3 Bgd, Brig Jen Md Yusof bin Aziz pada 24 Sep 2014 yang lalu.  Ketibaan YBhg Panglima 3 Bgd telah di sambut oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dan beliau mengiringi YBhg Panglima 3 Bgd untuk diperkenalkan kepada pegawai dan PTT Kanan berpangkat Pegawai Waren. Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke pasukan 10 RRD sejak beliau memegang tampuk pemerintahan 3 Bgd.

Khamis, 18 September 2014

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH INFANTRI

Timbalan Pengarah Infantri bergambar bersama Pegawai 10 RRD
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 18 Sep 2014 yang lalu, 10 RRD telah menerima kunjungan dari Timbalan Pengarah Infantri, Kol Md Din bin Hj Abu ke pasukan ini. Kedatangan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dan kemudian beliau diperkenalkan kepada semua pegawai dan PTT Kanan pasukan. Tujuan lawatan beliau ke pasukan ini adalah bagi meninjau keadaan dan perkembangan pasukan serta mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pasukan ini sepanjang penubuhan semula batalion ini.

Rabu, 10 September 2014

KEM JATI DIRI SMK ST THOMAS


Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta kem kepimpinan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menganjurkan program Kem Jati Diri SMK St Thomas, Kuching mulai 10 Sep hingga 12 Sep 2014 yang lalu. Kem jati diri ini telah dihadiri oleh 2 orang guru dan dan 37 orang pelajar. Kapt Nizam Nor Amri bin Johari selaku pegawai penyelaras penganjur serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu oleh guru-guru sekolah.

Jumaat, 5 September 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEK MEN SAINS KUCHING


Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 2 guru dan 55 pelajar dari SM Sains Kuching telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas Siri 1/2014 di 10 RRD mulai 5 Sep hingga 7 Sep 2014 yang lalu. Sama seperti kem kepimpinan sebelum ini, antara aktiviti yang dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle wira halangan, wira malam, aktiviti team building dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.