SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 5 September 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEK MEN SAINS KUCHING


Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 2 guru dan 55 pelajar dari SM Sains Kuching telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas Siri 1/2014 di 10 RRD mulai 5 Sep hingga 7 Sep 2014 yang lalu. Sama seperti kem kepimpinan sebelum ini, antara aktiviti yang dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle wira halangan, wira malam, aktiviti team building dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.
Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr Norisah binti Suhaili, Pengetua SM Sains Kuching. Beliau juga menyampaikan cenderahati kepada Kapten Jorani ak Dawum yang mewakili Pegawai Memerintah 10 RRD. Dalam ucapan beliau, beliau menzahirkan rasa sangat gembira kerana pihak tentera dapat memberi peluang kepada pihak sekolah untuk menjayakan kem kepimpinan pengawas kali ini di dalam kem tentera.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan