SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 30 Jun 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PANGLIMA 3 BRIGED




Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 30 Jun 2014 yang lalu, pasukan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penghargaan Panglima 3 Briged Bersama Warga 10 RRD. Majlis yang dihadiri oleh Panglima 3 Briged, Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Nazir bin Mami bersama isteri Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif  dan diserikan lagi dengan kehadiran pegawai dan anggota bersama isteri masing-masing telah menyemarakkan suasana majlis ini.

Sabtu, 28 Jun 2014

HARI KELUARGA BISTRO BUJANG BERANI 10 RRD


Pasir Pandak, Santubong : Ahli Bistro Bujang Berani 10 RRD telah mengadakan hari keluarga bersama keluarga di pantai Pasir Pandak, Santubong pada 28 Jun 2014 yang lalu.  Aktiviti riadah ini dianjurkan bagi merapatkan hubungan siratulrahim di kalangan pegawai dan keluarga pegawai 10 RRD serta untuk meraikan sambutan hari kelahiran Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Selain dapat beriadah bersama keluarga di tepi pantai, ahli keluarga juga di bawa untuk melawat ke Kampung Budaya Sarawak yang merupakan salah sebuah tempat perlancongan yang terkenal di Bumi Kenyalang. Penolong Pegawai Memerintah, Mej Anuar bin Ahmad dan isteri Puan Siti Azlina binti Husain mewakili semua pegawai dan isteri pegawai menyampaikan hadiah ulang tahun kelahiran kepada Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dan Puan Norliza binti Yahya.

Jumaat, 27 Jun 2014

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN GAWAI 2014 PERINGKAT PASUKAN


Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seluruh warga 10 RRD meraikan Majlis Penutup Sambutan Gawai 2014 Peringkat Pasukan dalam suasana yang cukup meriah pada 27 Jun 2014 lalu walaupun dalam suasana cuaca hujan. Ketibaan tetamu jemputan Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Ali Mahmud (ADUN N 15 Muara Tuang) telah disambut oleh Tuai Rumah iaitu Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku Pegawai Memerintah 10 RRD dengan tarian ngajat dan seterusnya meminum ’ai basoh kaki’.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK WIRA PENRISSEN

Sesi Persembahan dan Pembentangan Platun
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 10 orang guru dan 88 orang pelajar dari SMK Wira Penrissen telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Wira Penrissen di 10 RRD mulai 27 Jun hingga 28 Jun 2014 yang lalu. Aktiviti kem kepimpinan ini lebih kepada aktiviti di dalam kelas seperti aktiviti team building, ceramah kepimpinan dan perbincangan berkumpulan bersama fasilatator yang dilantik. Guru dan jurulatih dari pasukan 10 RRD telah berkerjasama bagi membimbing dan mengajar pelajar bagi memastikan objektif yang digariskan oleh pihak sekolah tercapai sepenuhnya.

Isnin, 23 Jun 2014

LAWATAN RASMI PENGERUSI BAKAT 3 BGD KE 10 RRD



Kem MuaraTuang, Kota Samarahan : Ahli BAKAT 10 RRD telah mengadakan majlis sempena meraikan Lawatan Rasmi Pengerusi BAKAT 3 Briged, Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif ke 10 RRD pada malam 23 Jun 2014 yang lalu. Ketibaan Pengerusi BAKAT 3 Briged, Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif telah disambut oleh Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya bersama semua AJK BAKAT pasukan. Ini merupakan lawatan ulung Yang Mulia Datin Raja Mariah binti Raja Latif selaku Pengerusi BAKAT 3 Briged ke 10 RRD semenjak beliau memegang tampuk kepimpinan BAKAT 3 Briged.

Sabtu, 21 Jun 2014

KEM KEPIMPINAN SK WIRA JAYA, PENRISSEN

Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh guru SK Wira Jaya
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD telah menganjurkan program Kem Kepimpinan SK Wira Jaya, Penrissen mulai 21 Jun hingga 22 Jun 2014 yang lalu. Seramai 20 orang guru dan 160 orang murid telah terlibat dalam kem kepimpinan ini. Aktiviti kem kepimpinan ini lebih kepada aktiviti di dalam kelas seperti aktiviti team building, ceramah kepimpinan dan perbincangan berkumpulan bersama fasilatator yang dilantik. Tujuan utama kem kepimpinan ini adalah bagi mengasah dan membentuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar supaya mereka mendapat pengalaman yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan dedikasi pada masa akan datang. Sepanjang kem kepimpinan ini berlangsung, ibubapa turut hadir bersama bagi memberi sokongan dan galakkan kepada anak-anak masing-masing.

Jumaat, 20 Jun 2014

KEM JATI DIRI SMK SEMERAH PADI

Sesi bergambar bersama Jurulatih dan Peserta Kem Jati Diri
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :10 RRD sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk  menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Semerah Padi yang telah dilaksanakan dengan jayanya mulai 17 Jun hingga 20 Jun 2014 yang lalu bertempat di Survival Village 10 RRD. Program jati diri yang dianjurkan selama empat hari itu telah dihadiri oleh 5 orang pelajar dan 38 orang guru. Kapt Sabastian ak Banjar selaku pegawai penyelaras serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu oleh guru-guru sekolah.