SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Selasa, 11 Mac 2014

LAWATAN PLKN KEM PUNCAK PERMAI, BAU



Pelatih PLKN cuba menghidupkan api menggunakan bahan semulajadi

Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :  Seramai 403 orang pelatih dan 23 orang jurulatih dari PLKN Kem Puncak Permai, Bau diketuai oleh Kem Komandan Mej Norman Tay bin Hj Abidin telah mengadakan lawatan sehari di Survival Village 10 RRD pada 11 Mac 2014 yang lepas. Ketibaan semua pelatih dan jurulatih PLKN Kem Puncak Permai di 10 RRD telah disambut dan dimeriahkan dengan persembahan Tarian Perang Bujang Berani oleh anggota pasukan. Program lawatan ini merupakan satu program yang dirancang oleh pihak pengurusan PLKN Kem Puncak Permai sendiri bagi mendedahkan pelatih kepada kemahiran ikhtiar hidup dan memberi pengalaman kepada pelatih tentang rutin anggota tentera semasa berada di dalam hutan. Antara aktiviti yang dimuatkan dalam aturcara lawatan adalah persembahan tarian perang, demonstrasi memasak di medan, demonstrasi jerat, demonstrasi renang tempur, pangkalan hutan, jungle tracking dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.


Menurut Kem Komandan Mej Norman Tay bin Hj Abidin, melalui lawatan seperti ini banyak memberi manfaat serta ilmu pengetahuan yang baru kepada pelatih. Selain itu, ianya juga sebagai pendedahan awal kepada generasi muda yang mempunyai cita-cita untuk menceburi bidang ketenteraan kelak. Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop telah menyempurnakan upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada pelatih sambil diiringi Kem Komandan Mej Norman Tay bin Hj Abidin.

Persembahan Tarian Perang oleh Kumpulan Wardance X RRD 

Pelatih diajar teknik memasang hammock 
Aktiviti Jungle Trekking di Survival Village 

PW2 Mangi ak Hambeh menyampaikan taklimat kepada para pelatih

Kpl Wainoh menunjukkan cara-cara meminum air dari akar kayu

Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop menyampaikan cenderahati kepada  pelatih PLKN Puncak Permai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan