SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Khamis, 10 Julai 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGERUSI KOR REJIMEN RENJER DIRAJA



Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja bersama seluruh warga Rejimen Renjer Diraja di kawasan Kuching pada malam 10 Jul 2014 yang lalu. Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar bersama isteri Datin Noraihan binti Ibrahim serta beberapa tetamu jemputan dari Kor Rejimen Renjer Diraja di sekitar Kuching telah memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini. Ketibaan Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja telah disambut oleh Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Ismail Nasaruddin bin Yeop bersama isteri dan pegawai-pegawai kanan serta semua pegawai bersama isteri masing-masing.Majlis ini telah dihadiri hampir seramai 300 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain peringkat bersama isteri masing-masing dari pelbagai bangsa dan agama telah membuktikan bahawa Kor Rejimen Renjer Diraja mempunyai keunikan tersendiri dalam organisasi keanggotaannya. Penganjuran majlis ini merupakan kali yang kedua dianjurkan oleh Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja dan akan diteruskan pada masa akan datang. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan tali siratulrahim di kalangan pemimpin dan anggota seluruh warga Rejimen Renjer Diraja yang berkhidmat di kawasan Kuching.

Dalam ucapan Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar mengingatkan kepada semua anggota agar tidak terbabit dalam kegiatan yang boleh menjatuhkan imej pasukan dan menjejaskan keselamatan negara serta sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi sebilang masa sebagai seorang anggota tentera. Beliau juga menasihatkan supaya semua anggota terutama bagi yang akan bercuti panjang menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu kenderaan masing-masing untuk balik ke kampung halaman bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar bersama isteri Datin Noraihan binti Ibrahim turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama-sama dengan pegawai dan anggota yang beragama islam.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan