SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Sabtu, 7 Disember 2013

PENUTUP KARNIVAL SUKAN 3 BGD TAHUN 2013


Anggota pasukan bergambar bersama Peg Mem 10 RRD

Kem Muara Tuang, Sarawak : Sempena Majlis Penutup Karnival Sukan 3 Bgd Tahun 2013 yang dilangsungkan pada 7 Dis 2013 bertempat di Stadium Kem Muara Tuang, Kota Samarahan telah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan 10 RRD menentang pasukan 11 RAMD dengan keputusan 10 RRD menewaskan 11 RAMD dengan jaringan 7 berbalas 0.
          
         Sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian dalam Karnival Sukan 3 Bgd Tahun 2013 dan pasukan 10 RRD telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Karnival Sukan 3 Bgd Tahun 2013. Antara sukan yang telah dipertandingkan adalah bola sepak, futsal dan bola tampar manakala bagi kategori BAKAT pula adalah bola jaring dan badminton. Dalam kategori BAKAT, BAKAT 10 RRD telah menjuarai kedua-dua sukan yang dipertandingkan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami.

Tim Bola Sepak 10 RRD menerima hadiah daripada Panglima 3 Bgd

Peg Mem 10 RRD menerima Piala Pusingan Johan Karnival Sukan 3 Bgd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan