SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 1 November 2013

ARTIKEL NOVEMBER 2013


LAWATAN KANAK-KANAK TABIKA KEMAS, SAMARINDAH KE SURVIVAL VILLAGE 10 RRD PADA 13 NOV 2013

Murid tadika bergambar di hadapan pintu gerbang Survival Village


Kem Muara Tuang, Sarawak : Murid-murid Tabika Kemas Samarindah, Kota Samarahan telah mengadakan lawatan ke Survival Village 10 RRD pada 13 Nov 2013 melibatkan seramai 8 orang guru dan 58 orang murid-murid. Program Tabika Kemas ini merupakan program akhir tahun yang dirancang oleh pihak pengurusan Tabika bagi membolehkan murid-murid beriadah sambil belajar. 
            Sepanjang lawatan Tabika Kemas di Survival Village ini, guru-guru dan murid-murid Tabika telah didedahkan dengan suasana hutan sebenar bagi merasai sendiri kehidupan di dalam hutan serta menyaksikan demonstrasi ikhtiar hidup oleh anggota Survival Village 10 RRD.

Demonstrasi menghidupkan api oleh anggota pasukan 

Lawatan sekitar kawasan Survival Village

PERASMIAN CAFE BUJANG BERANI 10 RRD

Peg Mem menandatangani plak perasmian

Kem Muara Tuang, Sarawak : Pada 14 Nov 2013, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop telah menyempurnakan upacara perasmian Café Bujang Berani PTTK 10 RRD dengan jayanya.  Semua pegawai turut hadir semasa upacara perasmian tersebut bagi memeriahkan majlis dan selain bagi memberikan sokongan yang padu kepada semua PTTK pasukan.

            SMR 10 RRD, PW 1 Michal ak Tuleh menyatakan tujuan penubuhan Café Bujang Berani PTTK 10 RRD ini adalah bagi membolehkan semua PTTK berkumpul  untuk mengeratkan sillaturahim di kalangan PTTK selain dapat bertukar-tukar pendapat serta pandangan sesama sendiri. Ini kerana PTTK 10 RRD tidak mempunyai Wisma Bintara sendiri kerana berkongsi wisma dengan Kem 1 Divisyen iaitu Wisma Bintara Sri Enggang. 


Peg Mem menyampaikan ucapan perasmian Cafe Bujang Berani



Sesi bergambar bersama Peg Mem

MAJLIS MERAIKAN AHLI BAKAT 10 RRD

Ahli BAKAT 10 RRD bergambar bersama Pengerusi BAKAT 10 RRD


Kem Muara Tuang, Sarawak : Bagi mengenang jasa dan pengorbanan ahli BAKAT 10 RRD, satu majlis makan malam sempena meraikan ahli BAKAT yang mengikut suami bertukar keluar dan suami yang menamatkan perkhidmatan telah diadakan di Bistro Bujang Berani 10 RRD pada 27 Nov 2013.

            Dalam ucapan oleh Pengerusi BAKAT 10 RRD. Puan Norliza binti Yahya, beliau berasa amat bangga dan gembira dengan kerjasama dan pengorbanan yang diberikan oleh semua ahli BAKAT pasukan ini khasnya bagi ahli bakat yang bertukar keluar mengikut suami dan suami yang menamatkan perkhidmatan. Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya turut menyampaikan cenderahati kepada 12 orang ahli BAKAT  yang diraikan.


Majlis Makan Malam meraikan ahli BAKAT

Pengerusi BAKAT 10 RRD menyampaikan plak kepada ahli bertukar keluar




Tiada ulasan:

Catat Ulasan