SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 2 Oktober 2013

ARTIKEL OKTOBER 2013

PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN 10 RRD


Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :  10 RRD telah melaksanakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan pada 25 Okt 2013 yang lepas. Pemeriksaan tersebut adalah untuk menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan pasukan untuk diaturgerakkan pada bila-bila masa. Pemeriksaan Tadbir Tahunan telah dilaksanakan oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Nazir bin Mami. Selain Pemeriksaan Tadbir Tahunan, ianya juga merupakan Lawatan Ulung Panglima 3 Bgd ke pasukan 10 RRD sejak beliau memegang tampuk pemerintahan 3 Bgd.



            
Ketibaan Panglima 3 Bgd telah disambut oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Zamri bin Majid di Balai Pengawal Pasukan. Beliau menerima Tabik Hormat daripada Kawalan Kuater dan seterusnya memeriksa perbarisan di Padang Kawad Pasukan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dengan kekuatan 17 Peg dan 261 LLP. Setelah selesai pemeriksaan perbarisan di Padang Kawad Pasukan, Panglima 3 Bgd beredar ke Bilik Gerakan Pasukan untuk mendengar  taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD. Di akhir acara, Panglima 3 Bgd berkesempatan berdailog bersama anggota pasukan di Dewan Makan Pasukan seterusnya menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat  dan Penyampaian Sijil Cemerlang kepada anggota pasukan.

            Dalam ucapan beliau, beliau amat berpuas hati dengan segala persiapan yang telah dibuat oleh pasukan semasa Pemeriksaan Tadbir Tahunan kali ini. Selain itu , beliau juga mengingatkan kepada semua anggota supaya menitikberatkan ilmu-ilmu ketenteraan terutamanya perkara-perkara asas yang sepatutnya diketahui oleh setiap anggota tentera serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi yang sedia ada bagi menaikkan imej pasukan.

Panglima 3 Bgd sedang memeriksa perbarisan


Peg Mem menyampaikan taklimat kepada YBhg Panglima 3 Bgd

Panglima 3 Bgd memeriksa buku lejar TKR pasukan

Panglima 3 Bgd menandatangani buku lawatan pasukan

Panglima 3 Bgd menyampaikan sijil kecemerlangan

Panglima 3 Bgd memakaikan pangkat kepada anggota



Tiada ulasan:

Catat Ulasan