SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 7 April 2013

SAMBUTAN MILITARY COMMUNITY VOLUNTEERING DAY DI LE’ PARK, PUSAT INTEGRASI BERSEPADU KUCHING (KIRC)




KUCHING, 07 April 2013 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menganjurkan Hari Terbuka ATM di Le’Park Pusat Integrasi Bersepadu Kuching (KIRC) mulai 6 – 7 Apr 2013. Majlis perasmian Hari Terbuka ATM telah disempurnakan oleh Y.A.B Pehin Sri Hj Abd Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Ketua Menteri dalam ucapannya menginggatkan agar anggota ATM sentiasa bersiap sedia bagi menjamin keselamatan negara dari sebarang ancaman kerana organisasi ini merupakan Barisan Hadapan mesti sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan melalui operasi dan latihan yang diadakan secara berterusan. Beliau merujuk situasi pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu baru-baru ini. Tambahnya lagi, hubungan erat diantara ATM dan masyarakat harus dikekalkan dan  bagi mengekal keamanan negara.




Dalam majlis perasmian, pengunjung turut dihiburkan oleh Tim 10 RRD dengan persembahan Tarian Perang yang diketuai oleh Kapt Nizam Nor Amri. Turut hadir, Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zaki bin Mokhtar serta Datin dan Panglima 3 Bgd, Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin serta Datin. Antaranya aktiviti yang diadakan adalah seperti pameran peralatan dan persenjataan ketenteraan, pameran agensi awam dan swasta, Futsal, Karaoke (Dewasa dan kanak-kanak), ratu kebaya dan Pameran Ikhtiar Hidup oleh Tim 10 RRD.



Persembahan War Dance oleh X Warriors



X Warriors bergambar bersama Ketua  Menteri Sarawak dan Panglima 1 Divisyen


Demonstrasi menghidupkan api oleh SSjn Mangi ak Hambeh

Y.A.B Pehin Sri Haji  Abdul Taib Mahmud diiringi Panglima 1 Divisyen

 sedang melihat pameran Ikhtiar Hidup 10 RRD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan