SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 15 Disember 2013

SAMBUTAN HUT 3 BGD KE 54




Kem Muara Tuang, Sarawak : 10 RRD telah diberi kepercayaan oleh 3 Bgd bagi menganjurkan Hari Keluarga 3 Bgd sempena Sambutan HUT 3 Bgd Ke 54 di Kem Muara Tuang pada 15 Dis 2013 dengan jayanya. YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami telah menyempurnakan acara Perasmian Majlis Sambutan HUT 3 Bgd Ke 54 yang dihadiri oleh seluruh warga 3 Bgd bersama keluarga masing-masing bagi memeriahkan majlis. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan tersebut yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu kategori anggota tentera, BAKAT serta kanak-kanak. Antara aktiviti pada sebelah siang adalah seperti acara senam robik, sukaneka, tarik tali dan sukan air manakala pertandingan karaoke, pakaian beragam, cabutan bertuah dan persembahan pentas oleh Band Bamfylde pada sebelah malam.

Tujuan penganjuran hari keluarga ini adalah bagi mengeratkan hubungan di kalangan seluruh warga 3 Bgd serta ahli BAKAT 3 Bgd. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan bagi setiap acara yang dipertandingkan dan hadiah utama bagi  cabutan tiket bertuah tahun 2013 sebuah motosikal Yamaha Lagenda telah dimenangi oleh 1156447 LKpl Azlan bin Ismail dari 10 RRD. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YBhg Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Nazir bin Mami.


Acara Senamrobik di padang kawad 10 RRD

Acara Tarik Tali diantara 10 RRD menentang 13 RAMD

Acara Sukaneka Air

Pemenang cabutan bertuah menerima hadiah daripada Ketua Staf 3 Bgd

Kapt Jimson ak Banggek menerima hadiah sukaneka darat

Persembahan oleh artis jemputan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan