SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 2 Ogos 2013

ARTIKEL OGOS 2013


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGERUSI KOR
REJIMEN RENJER DIRAJA


Kota Samarahan, Sarawak :  Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja bersama warga Rejimen Renjer Diraja kawasan Kuching pada malam 1 Ogos 2013. Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi Kor Rejimen Renjer Diraja, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar bersama isteri Datin Noraihan binti Ibrahim diserikan lagi dengan kehadiran pegawai dan anggota lain-lain peringkat bersama isteri masing-masing telah menyemarakkan suasana majlis ini. Majlis yang dihadiri hampir 200 orang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain peringkat dari pelbagai bangsa dan agama telah membuktikan bahawa Kor Rejimen Renjer Diraja mempunyai keunikan tersendiri dalam organisasi keanggotaannya.

            Selaku pasukan penganjur majlis, Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Ismail Nasaruddin bin Yeop turut merakamkan rasa bersyukur kerana dapat menjayakan sambutan majis ini yang julung kalinya diadakan di kawasan Kuching dan beliau berharap aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan tali siratulrahim di kalangan pemimpin dan anggota seluruh warga Rejimen Renjer Diraja yang berkhidmat di kawasan Kuching. 




PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD

Peg Mem memakaikan pangkat kepada PTTK


Kem Muara Tuang, Sarawak : Perbarisan Pegawai Memerintah 10 RRD telah dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan pada 2 Ogos 2013 melibatkan 10 Peg dan 220 LLP. Perbarisan menyaksikan acara pemakaian pangkat Sjn Dies ak Noses yang telah dinaikkan ke pangkat SSjn yang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Dalam perbarisan itu juga, Pegawai Memerintah turut menyampaikan cederahati kepada anggota yang bertukar keluar iaitu 1112783 Ssjn Mustafa bin Jumin yang bertukar keluar ke MK ATB 2 (POH) Tawau, Sabah dan penyampaian hadiah kecemerlangan bola sepak pasukan kepada tim bola sepak pasukan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. 

Peg Mem menyampaikan cendera kenangan kepada anggota bertukar keluar


Peg Mem menyampaikan hadiah kepada tim bola sepak pasukan

UPACARA PENYERAHAN BENDERA 1 DIVISYEN KEPADA
TIM OLAHRAGA 1 DIVISYEN PADA 26 OGOS 2013




Kem Muara Tuang, Sarawak : Majlis Penyerahan Bendera 1 Divisyen kepada Pengurus Tim Olahraga 1 Divisyen telah dilaksanakan pada 26 Ogos 2013 bertempat di Stadium Kem Muara Tuang yang telah disempurnakan oleh YBhg Panglima 1 Divisyen, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar. Panglima 1 Divisyen menyerahkan Bendera 1 Divisyen kepada Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku Pengurus Tim Olahraga 1 Divisyen.


            10 RRD telah dilantik sebagai Pusat Cemerlang Olahraga 1 Divisyen sejak tahun 2012 dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk melatih dan memilih peserta yang berkebolehan dalam bidang sukan olahraga. Pada Kejohanan Olahraga Peringkat TD tahun ini yang dijadualkan akan berlangsung mulai 4 Sep hingga 6 Sep 2013 di Stadium Hang Jebat, Melaka, Kontingen 1 Divisyen akan diwakili oleh 18 pegawai dan 83 anggota lain-lain peringkat yang akan mengambil bahagian dalam acara dan kategori masing-masing. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Timbalan Panglima 1 Divisyen, Brig Jen Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin dan Panglima 3 Briged, Brig Jen Nazir bin Mami.


PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI  ANGGOTA 10 RRD

Mej Norazizi bin Nazaruddin menyerahkan tugas  kepada
Mej Zamri bin Majid selaku Penolong Pegawai Memerintah yang baru


Kem Muara Tuang, Sarawak : Seramai 12 Peg dan 170 LLP telah terlibat dengan Perbarisan Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah 10 RRD yang telah dilaksanakan di Dewan Makan Pasukan pada 28 Ogos 2013 yang lalu. Pemangku Penolong Pegawai Memerintah, Mej Noorazizi bin Nazaruddin menyerahkan Nota Serah Terima Tugas Penolong Pegawai Memerintah kepada Mejar Zamri bin Majid dengan disaksikan oleh Pegawai Memerintah  10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop. Penolong Pegawai Memerintah yang baru Mejar Zamri bin Majid berasal dari Sungai Petani, Kedah baru ditukarkan dari 7 RRD ke 10 RRD berkuatkuasa pada 30 Jun 2013 yang lepas. Dalam majlis ini juga, Pegawai Memerintah turut menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati kepada tim bola sepak pasukan yang telah mempamerkan prestasi yang cemerlang.


Pegawai Memerintah menyampaikan
cenderahati kepada tim bola sepak pasukan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan