SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 2 Jun 2013

ARTIKEL JUN 2013


PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT DAN PENUTUP KURSUS PIFA
PADA 13 JUN 2013

Pegawai Memerintah memakaikan pangkat kepada anggota


Kem Muara Tuang, Sarawak  :  13 Jun 2013, seramai 6 kali anggota lain-lain pangkat telah dinaikan pangkat dari Lans Koperal ke Koperal dan Renjer ke Lans Koperal dalam Perbarisan Pemakaian Pangkat dan Penutup Kursus Pendidikan Islam dan Fardhu Ain (PIFA) Tahap 3 yang telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop di padang kawad pasukan. Seramai 17 peserta kursus PIFA telah menamatkan kursus tersebut yang berlangsung mulai 10 Jun hingga 13 Jun 2013 di 10 RRD.


Pegawai memerintah menyampaikan sijil kepada peserta kursus PIFA 

PROGRAM TEAM BUILDING DAN KETAHANAN MENTAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TABUAN JAYA PADA 14 - 6 JUN 2013

Sesi bergambar bersama guru dan pelajar SMK Tabuan Jaya 

Kem Muara Tuang, Sarawak : 10 RRD telah menganjurkan Program Team Building Dan Ketahanan Mental yang melibatkan seramai 27 guru dan 92 pelajar dari SMK Tabuan Jaya (Sekolah Sukan Negeri). Program tersebut berlangsung selama 3 hari bermula pada 14 hingga 16 Jun 2013.

            Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjayakan program tersebut termasuklah aktiviti latihan jasmani, merentas halangan, teknik berjalan malam, mendirikan pengkalan, masak di medan, kawad kaki serta pameran dan demonstrasi ikhtiar hidup. Program ini bertujuan untuk menanam, membina dan membentuk keyakinan diri, disiplin, kerjasama dan ketahanan mental dan fizikal di kalangan pelajar. 

Pelajar sedang memasak rangsum tempur  

Pelajar mendengar taklimat mengenai cara-cara memasang khemah

SAMBUTAN HARI GAWAI DAN KEAMATAAN PERINGKAT PASUKAN
Yang Berhormat Puan Rubiah Wang disambut oleh Pegawai Memerintah



Kem Muara Tuang, Sarawak : Seluruh warga 10 RRD yang berpangkalan di Kem Muara Tuang telah mengadakan Sambutan Hari Gawai dan Pesta Keamatan Peringkat Pasukan pada 21 Jun 2013 bertempat di Perkarangan Pejabat Kompeni 10 RRD. Majlis sambutan tersebut diadakan berkonsepkan rumah panjang kaum dayak di Sarawak. Majlis telah disempurnakan oleh Tuai Rumah iaitu Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku Pegawai Memerintah 10 RRD. Pelbagai aktiviti persembahan telah dirancang semasa majlis tersebut seperti persembahan tarian traditional kaum Iban dan tarian kebudayaan Sabah yang dipersembahkan oleh anggota dan ahli BAKAT pasukan.

            Turut hadir memeriahkan majlis adalah Yang Berhormat Puan Rubiah Wang (Parlimen Kota Samarahan). Ketibaan jemputan Yang Berhormat  telah disambut dengan tarian ngajat dan seterusnya meminum ’ai basoh kaki’. Kemuncak sambutan adalah upacara ’Ngerabah Ka Ranyai’ (Menebang Pokok Ranyai) dan diakhiri dengan upacara’Ngiling Tikai’ (Gulung Tikar) simbolik kepada penutup hari gawai tahun 2013.




Pegawai Memerintah mencuba tarian buluh
 


Upacara memotong pokok 'Ranyai''

LAWATAN RASMI PENGERUSI BAKAT 3 BGD KE 10 RRD

Sesi bergambar Pengerusi BAKAT 3 Bgd bersama ahli-ahli BAKAT 10 RRD

Kem Muara Tuang, Sarawak : Ahli BAKAT 10 RRD telah mengadakan majlis sempena meraikan Lawatan Rasmi Pengerusi BAKAT 3 Briged, Datin Hanim binti Jeraai ke 10 RRD bertempat di perkarangan Kompeni Bravo pada malam 29 Jun 2013. Ini merupakan lawatan ulung Datin Hanim binti Jeraai selaku Pengerusi BAKAT 3 Briged ke 10 RRD semenjak beliau memegang tampuk kepimpinan BAKAT 3 Briged.


            Tujuan lawatan Pengerusi BAKAT 3 Bgd adalah untuk beramah mesra dengan semua ahli BAKAT 10 RRD disamping dapat mengeratkan jalinan siratulrahim dikalangan ahli-ahli BAKAT dengan Pengerusi BAKAT 3 Briged. Majlis dimeriahkan dengan persembahan karaoke, tarian kebudayaan dan persembahan oleh ahli BAKAT pasukan serta pameran kraftangan hasil buatan tangan ahli BAKAT 10 RRD.


 Pengerusi BAKAT 3 Bgd Datin Hanim binti Jeraai berduet bersama
Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya

 Antara persembahan yang menghiburkan dari ahli BAKAT 10 RRD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan