SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 1 September 2013

ARTIKEL SEPTEMBER 2013


SAMBUTAN JUBLI EMAS REJIMEN RENJER DIRAJA (1963-2013)
Kolonel Yang DiPertua RRD bergambar bersama peserta golf

Mantin, Negeri Sembilan : Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer Diraja, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan mencemar duli beriadah bermain golf di Staffield Country Resort, Mantin bersama Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia dan pegawai - pegawai kor RRD sempena sambutan Jubli Emas RRD.

Seramai 90 peserta telah mengambill bahagian dalam acara riadah golf tersebut. Tim pegawai 10 RRD diketuai oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop telah turut serta dalam pertandingan tersebut dan telah berjaya meraih tempat kedua keseluruhan bagi kategori berpasukan daripada 8 pasukan yang telah mengambil bahagian. Bagi kategori keseluruhan, Penolong Pegawai Memerintah 10 RRD iaitu Mejar Zamri bin Majid telah mendapat tempat ketiga keseluruhan.




PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK PIALA SYED PUTRA PADA 27 SEP 2013

Pegawai Memerintah 10 RRD bergambar bersama semua pemain bola sepak pasukan

UPM, Serdang : Perlawanan akhir bola sepak RRD bagi merebut Piala Syed Putra sempena sambutan Jubli Emas RRD telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Sep 2013 bertempat Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. Selaku penyandang juara kejohanan pada tahun lepas, 10 RRD sekali lagi telah membuktikan bahawa skuad bola sepak pasukan ini masih berbisa apabila berjaya menewaskan pasukan 5 RRD dengan jaringan 1 – 0. Perlawanan sengit yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan telah memukau penonton yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Pegawai Memerintah  10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop menyatakan rasa bangga terhadap semua pemain yang telah menunjukkan mutu persembahan permainan yang bersungguh-sungguh sehingga berjaya mengekalkan kejuaran untuk kali kedua berturut-turut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan