SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Isnin, 1 Julai 2013

ARTIKEL JULAI 2013


PERBARISAN SERAH MENYERAH TUGAS PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH DAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA 10 RRD


Mej Samzie ak Gusang menyerahkan tugas  kepada Mej Norazizi bin  Nazaruddin selaku pemangku Penolong Pegawai Memerintah


Kem Muara Tuang, Sarawak : Seramai 12 pegawai dan 208 anggota lain-lain peringkat telah terlibat dengan Perbarisan Serah Menyerah Tugas Penolong Pegawai Memerintah 10 RRD yang telah diadakan pada 8 Jul 2013 di Padang Kawad Pasukan. Upacara menandatangani dan penyerahan Nota Serah Menyerah Tugas Penolong Pegawai Memerintah kepada pemangku Penolong Pegawai Memerintah iaitu Mejar Norazizi bin Nazaruddin telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop.

            Mejar Samzie ak Gusang telah bertukar keluar ke Markas Angkatan Bersama berkuatkuasa pada 30 Jun 2013 dan menjawat jawatan sebagai PS 2 Eksesais Gabungan. Dalam ucapan ringkas beliau menyeru seluruh warga 10 RRD agar sentiasa berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan dan berusaha lebih gigih untuk meningkatkan lagi mutu kerja bagi mengharumkan serta menaikkan nama pasukan agar terus disegani oleh pasukan lain.




Pemeriksaan perbarisan oleh Penolong Pegawai Memerintah


Dalam Majlis Jamuan Ringan Sempena Perbarisan Serah Menyerah Tugas Penolong Pegawai Memerintah yang diadakan di Dewan Makan Pasukan, Pegawai Memerintah turut menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat kepada 5 orang PTT Kanan yang didahului oleh 1099974 PW 2 Manggi ak Hambeh, 1102930 PW 2 Ismail bin Shaarif, 1105543 SSjn Sylvester ak Anchee, 1110075 SSjn Alfian bin Linggie dan 1105488 Sjn Nomek ak Langik. Majlis turut dihadiri oleh isteri masing-masing sebagai sokongan terhadap kejayaan kerjaya suami masing-masing.

SSjn Mangi ak Hambeh dipakaikan pangkat PW II oleh Pegawai Memerintah


Pegawai Memerintah memakaikan pangkat kepada PTTK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan