SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 4 Mei 2014

KEM KEPIMPINAN SMK SEMERAH PADI

Para pelajar gigih menjalankan aktiviti jungle trekking 
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Seramai 10 guru dan 130 pelajar dari SMK Semerah Padi telah telibat dalam melaksanakan Kem Kepimpinan di 10 RRD mulai 2 Mei hingga 4 Mei 2014 yang lalu. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, memasang hammock, aktiviti team building, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Program ini telah dikelolakan oleh Kapt Sabastian ak Banjar serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan 10 RRD.
             Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Semerah Padi iaitu Tuan Hj Mohd Pedri bin Ali Akhbar. Dalam ucapan beliau, beliau berasa amat berpuas hati dengan penganjuran program kepimpinan ini dan berharap agar program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi di kem ini pada masa akan datang. 

Peserta bergambar bersama Pegawai 10 RRD dan Guru SMK Semerah Padi
Para pelajar menunjukkan minat yang tinggi sewaktu sesi ceramah kepimpinan
Kapt Sabastian memberi taklimat aktiviti Wira Malam
Guru SMK Semerah Padi mencuba aktiviti merentas halangan
Para pelajar gigih menjalankan aktiviti merentas halangan
Kapt Sabastian menerima cenderahati daripada Tn Hj Mohd Pedri,
Pengetua SMK Semerah Padi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan