SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 9 Mei 2014

KEM BADAN BERUNIFORM SK DATO TRAOH

Para peserta menyiapkan bendera sindiket dengan tekun
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Pada 9 Mei hingga 10 Mei 2014 yang lalu, seramai 24 guru dan 109 pelajar dari SK Dato Traoh, Kuching telah melaksanakan Kem Badan Beruniform di sekitar Survival Village 10 RRD. Sepanjang program ini dilaksanakan, semua peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti syarahan ketenteraan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, aktiviti team building dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.  Pihak guru serta dibantu oleh beberapa jurulatih dari pasukan ini telah berkerjasama dalam melaksanakan semua aktiviti yang dirancang bagi memaksimumkan kejayaan sejajar dengan objektif yang telah digariskan untuk dicapai.


Para pelajar bersedia menjalankan aktiviti wira malam
Persembahan oleh para pelajar sewaktu Malam Mesra
Ceramah kepimpinan oleh Kapt Amri
Para pelajar menyiapkan khemah masing-masing di Camp X
Guru SK Dato Traoh menyampaikan taklimat sebelum aktiviti dijalankan






Tiada ulasan:

Catat Ulasan