SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 16 Mei 2014

KEM JATI DIRI SMK MATANG HILIR

Peserta berbaris mendengar taklimat aktiviti Wira Malam
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : SMK Matang Hilir, Kuching telah melaksanakan Kem Jati Diri di Survival Village 10 RRD mulai 16 Mei hingga 18 Mei 2014 yang lalu.  Seramai 5 orang guru dan 36 orang pelajar telah terlibat dengan kem jati diri ini. Guru-guru sekolah turut serta membantu jurulatih dari pasukan ini bergabung tenaga dan pengalaman untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan supaya objektif yang telah digariskan oleh pihak sekolah dapat dicapai dengan jayanya. Semua aktiviti program seperti syarahan, latihan jasmani, jungle tracking, wira malam, aktiviti team building dan demonstrasi ikhtiar hidup adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar serta pengalaman kepada peserta kerana aktiviti seperti ini tidak mereka perolehi semasa di sekolah.

 Selain itu, peserta juga diajar bekerja dalam berkumpulan bagi meningkatkan semangat setia kawan dan semangat berkerjasama di kalangan mereka dalam menyelesaikan permasalahan yang diberikan oleh jurulatih. Sebelum peserta disuraikan, rata-rata peserta merasa sangat gembira dan berpuas hati dengan penganjuran program ini yang banyak memberikan impak baru kepada mereka untuk diimplementasikan setelah mereka balik semula ke sekolah kelak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan