SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 9 Mei 2014

KEM KEPIMPINAN SK ST AMBROSE, KUCHING


Peserta melapor ke Survival Village 10 RRD
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Bertempat di Survival Village 10 RRD, seramai 4 orang guru dan 29 pelajar dari SK St Ambrose telah telibat dalam Kem Kepimpinan mulai 9 Mei hingga 11 Mei 2014 yang lalu. Kapt Nizam Nor Amri bin Johari selaku Pegawai Penyelaras Kem Kepimpinan ini telah dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan serta guru-guru pengiring telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. Tujuan utama kem kepimpinan ini adalah bagi mengasah dan membentuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar seawal di sekolah rendah lagi supaya mereka mendapat pengalaman yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan dedikasi pada masa akan datang.

            Antara aktiviti yang telah dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, aktiviti team building, jungle tracking, wira halangan, wira malam, memasang hammock dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD. Semua aktiviti yang dirancang bersesuaian dan selaras dengan objektif program yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh guru besar SK St Ambrose.

Ahli sindiket tekun menyiapkan bendera sindiket
Sesi bergambar bersama Pegawai 10 RRD, guru dan pelajar SK St Ambrose 
Peserta diajar teknik memasang khemah di hutan
Taklimat sebelum aktiviti Wira Malam
Kapt Amri menerima cenderahtai daripada Guru Besar SK St Ambrose
Pelajar membentangkan hasil kerja sindiket masing-masing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan