SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 25 April 2014

MAJLIS MERAIKAN AHLI BAKAT 10 RRD


Ahli Bakat 10 RRD bergambar bersama Pengerusi Bakat 10 RRD
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Bagi mengenang jasa dan pengorbanan ahli BAKAT 10 RRD, satu majlis ringkas sempena meraikan ahli BAKAT yang akan mengikut suami bertukar keluar telah diadakan di Bistro Bujang Berani 10 RRD pada 25 April 2014.


Dalam ucapan oleh Pengerusi BAKAT 10 RRD. Puan Norliza binti Yahya, beliau berasa amat bangga dan gembira dengan kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan oleh semua ahli BAKAT pasukan ini khasnya bagi ahli bakat yang akan bertukar keluar mengikut suami ke pasukan baru. Beliau berharap semoga semua anggota BAKAT yang diraikan dapat memberikan komitmen yang lebih baik kepada aktiviti BAKAT di pasukan baru kelak. Anggota BAKAT yang diraikan adalah Puan Siti Zubaidah binti Masmud, Puan Norfarazila binti Zainal, Puan Zamzarina binti Basiron, Puan Sharina binti Mohd Yussof dan Puan Meni ak Nuing.


Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta BAKAT yang terlibat dalam Pertandingan Bola Tampar BAKAT Pemerintahan Wilayah Timur baru-baru ini kerana telah berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan dan telah dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Pertandingan Bola Tampar BAKAT Pemerintahan Wilayah Timur Tahun 2014. Di akhir majlis, Pengerusi BAKAT 10 RRD, Puan Norliza binti Yahya menyampaikan cenderahati kepada semua ahli BAKAT  yang diraikan sebagai tanda kenang-kenangan. 

Pn Zamzarina menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Bakat
Puan Meni menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Bakat
Ahli Bakat 10 RRD bergambar beramai-ramai sejurus tamat acara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan