SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 14 Mei 2014

KEM JATI DIRI SMK SG TAPANG

Peserta menjalankan aktiviti merentas halangan
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Seramai 8 orang guru dan 50 orang pelajar dari SMK Sg Tapang, Kuching telah melaksanakan Kem Jati Diri di Survival Village 10 RRD mulai 14 Mei hingga 15 Mei 2014 yang lalu. Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, pelbagai aktiviti mencabar dan menarik telah dirancang bersama guru-guru sekolah supaya perjalanan aktiviti sejajar dengan matlamat kursus. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti jungle tracking, muhasabah diri, wira malam, aktiviti team building dan demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.

             Sepanjang tempoh pelaksanaan program ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan pengalaman baru kerana semua aktiviti dilaksanakan di kawasan hutan sekitar Survival Village. Pendekatan ini diambil bagi membolehkan peserta boleh bekerja dalam kumpulan walaupun dalam suasana yang tidak menyenangkan serta dalam tekanan. Kapt Sabastian ak Banjar selaku pegawai penyelaras penganjur turut dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan serta guru-guru sekolah telah menjayakan program ini dengan jayanya. 

Peserta program memasang khemah di Camp X
Peserta menunggu giliran melakukan aktiviti merentas halangan
Aktiviti riadah di Tasik Survival Village
Guru dan Pegawai 10 RRD sewaktu majlis penyampaian cenderahati
Peserta menjalankan aktiviti Jungle Trekking
Peserta mendengar taklimat daripada jurulatih 10 RRD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan