SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 23 Mei 2014

KEM KEPIMPINAN SMK BANDAR SAMARIANG, KUCHING


Peserta program bergambar beramai-ramai semasa acara penutup
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Survival Village 10 RRD sekali lagi memerima kunjungan dari SMK Bandar Samariang yang terdiri daripada 18 orang guru dan 157 orang pelajar sempena program Kem Kepimpinan SMK Bandar Samariang mulai 23 Mei hingga 25 Mei 2014 yang lalu. Memang tidak dinafikan bahawa pasukan ini sudah mendapat perhatian daripada pihak sekolah sekitar kawasan Kuching kerana telah berjaya melaksanakan banyak program kem kepimpinan mahupun kem jati diri sejak awal tahun lagi. Seperti biasa, antara aktiviti dan program yang telah disusun dan dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, memasang hammock, aktiviti team building, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.

 Di akhir program kem kepimpinan ini, semua peserta menzahirkan rasa sangat berpuas hati dan gembira dengan aktiviti yang telah dilaksanakan kerana banyak aktiviti menarik dan mencabar yang tidak mereka perolehi semasa di sekolah. Majlis penutup dan penyampaian cenderahati kem kepimpinan tersebut telah disempurnakan oleh En Jaafar bin Hj Sini, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SMK Bandar Samariang.

Peserta memasang khemah di Camp X
Aktiviti Team Building
Peserta bersedia menjalani aktiviti Wira Malam
Peserta mendengar taklimat aktiviti Wira Malam
Kapt Sabastian menerima cenderahati daripada En Jaafar, PK Hal Ehwal Pelajar SMK Bandar Samariang
Peserta menyampaikan persembahan sewaktu Majlis Malam Mesra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan