SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 14 Mei 2014

PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH 10 RRD

YBhg Peg Memerintah menyaksikan pemakaian pangkat oleh isteri Mej Jimson
Kota Samarahan, Kem Muara Tuang : Seramai 14 Peg dan 180 LLP telah terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah pada 14 Mei 2014 yang lalu. Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Anuar bin Ahmad. Dalam perbarisan ini, Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop turut menyempurnakan acara pemakaian pangkat kepada pegawai dan anggota 10 RRD yang dinaikkan pangkat. Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli BAKAT pasukan yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada suami masing-masing serta pasukan ini. Mendahului senarai pemakaian pangkat pegawai dari Kapten ke Mejar iaitu Kapt Jimson ak Banggek dan Leftenan Muda ke  Leftenan iaitu Lt M Mohd Ismail bin Mat Yahaya. Bagi pemakaian pangkat anggota llp pula, kenaikan pangkat dari Sjn ke SSjn iaitu Sjn Norismail bin Abeng, Sjn Mohd Fadillah bin Yahya, Sjn Peter ak Tokop dan Sjn Maxson ak Amit manakala dari LKpl ke Kpl iaitu  LKpl Wainoh bin Jenel, LKpl Supri bin Bustani, LKpl Osman bin Aman, LKpl Abu Bakar bin Hashim, LKpl Lani ak Anggat dan LKpl Selomi ak Likau.

             Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau mengingatkan kepada  semua pegawai dan anggota yang dinaikkan pangkat agar lebih komited serta bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kerana pangkat yang diberikan bukalah sesuatu yang hanya untuk dibanggakan sahaja tetapi merupakan amanah yang perlu dipegang dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Beliau juga berharap supaya semua peringkat anggota sentiasa menjaga disiplin masing-masing dan sentiasa menjaga nama baik pasukan setiap masa walaupun berada di mana sahaja.
Pemakaian pangkat oleh isteri Kpl Osman disaksikan YBhg Peg Mem

Peg Mem memakaikan pangkat kepada Lt Mohd Ismail bin Mat Yahya

Peg Mem memeriksa perbarisan sambil diiringi Mej Anuar Ahmad

YBhg Peg Mem memakaikan pangkat Kpl kepada anggota 10 RRD
Anggota perbarisan mendengar ucapan YBhg Peg Mem
YBhg Peg Mem menyampaikan ucapan sempena Perbarisan Peg Mem

Tiada ulasan:

Catat Ulasan