SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Jumaat, 20 Jun 2014

KEM JATI DIRI SMK SEMERAH PADI

Sesi bergambar bersama Jurulatih dan Peserta Kem Jati Diri
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan :10 RRD sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk  menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Semerah Padi yang telah dilaksanakan dengan jayanya mulai 17 Jun hingga 20 Jun 2014 yang lalu bertempat di Survival Village 10 RRD. Program jati diri yang dianjurkan selama empat hari itu telah dihadiri oleh 5 orang pelajar dan 38 orang guru. Kapt Sabastian ak Banjar selaku pegawai penyelaras serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu oleh guru-guru sekolah.



Pelbagai aktiviti telah diselitkan dalam aturcara program seperti kawad kaki, ice breaking session, ceramah motivasi dan jati diri, combat road relay, latihan jasmani, muhasabah diri dan aktiviti wira malam. Semua program yang dirancang dan dilaksanakan adalah bagi memupuk serta menyemai semangat jati diri di kalangan peserta, membentuk semangat kerjasama berkumpulan dan membentuk sifat keberanian serta keyakinan para peserta. Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh En Haji Yasmin bin Hashim wakil Pengetua SMK Semerah Padi.

Peserta sedang menjalani latihan kawad kaki
Aktiviti Combat Road Relay
Peserta sedang menjalani latihan ikhtiar hidup
Ceramah Kepimpinan oleh Lt Hakimi 
Acara Malam Mesra di Camp X
Kapt Sabastian menerima cendera kenangan daripada En Hj Yasmin bin Hashim, Pengetua SMK Semerah Padi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan