SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Rabu, 23 April 2014

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA TIM OLAHRAGA PEMERINTAHAN WILAYAH TIMUR 2014


Peg Mem 10 RRD selaku Ketua Tim menerima bendera Pem Wilayah Timur daripada
Panglima Pem Wilayah Timur
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Majlis Penyerahan Bendera Pemerintahan Wilayah Timur kepada Pengurus Tim Olahraga Pemerintahan Wilayah Timur telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 April 2014 yang lalu bertempat di Stadium Kem Muara Tuang. Majlis penyerahan bendera tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Pemerintahan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar kepada Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop selaku Pengurus Tim Olahraga Pemerintahan Wilayah Timur.


            10 RRD telah dilantik sebagai Pusat Cemerlang Olahraga Pemerintahan Wilayah Timur dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk melatih dan memilih peserta yang berkebolehan dalam bidang sukan olahraga untuk diketengahkan ke dalam Tim Olahraga Pemerintahan Wilayah Timur bagi tahun 2014. Pada Kejohanan Olahraga Peringkat Tentera Darat tahun ini yang dijadualkan akan berlangsung mulai 5 Mei hingga 6 Mei 2014 di Stadium Universiti Teknologi Mara (UITM)  Shah Alam, Selangor, kontingen Pemerintahan Wilayah Timur  akan diwakili oleh 20 pegawai dan 59 anggota lain-lain peringkat yang akan mengambil bahagian dalam acara dan kategori masing-masing. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Panglima 3 Briged, Brig Jen Dato’ Nazir bin Mami, Ketua Staf Am Pemerintahan Timur, Brig Jen Abdul Rahim bin Sebeli, Ketua Staf Perkhidmatan Pemerintahan Timur, Brig Jen Dato’ Hj Hasim bin Jabar, Pegawai Kanan MK 1 Divisyen serta Pegawai Memerintah dan Pemerintah sekitar kawasan Kuching. 

Pegawai Kanan dan Pegawai formasi Pem Wilayah Timur turut hadir bagi memberi sokongan kepada
Tim Olahraga Pem Wilayah Timur
Tim Olahraga Pem Wilayah Timur bergambar bersama Panglima Pem Wilayah Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan