SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Sabtu, 12 April 2014

PERTANDINGAN MEMASAK BAKAT 1 DIV


Peserta Pertandingan Memasak bergambar bersama Pengerusi Bakat 1 Div
Kem Penrissen, Kuching : Pertandingan Memasak BAKAT Peringkat 1 Divisyen telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Bukavu, Kem Penrissen pada 12 April 2014 yang lalu. Dalam pertandingan ini, dua orang ahli BAKAT 10 RRD iaitu Puan Ida Rahayu bte Mohd Subki dan Puan Sarimah bte Bah Bae telah terpilih untuk mewakili formasi 3 Briged. Puan Ida Rahayu bte Mohd Subki telah berjaya mengharumkan nama formasi 3 Briged dan pasukan apabila beliau berjaya menjadi johan dalam kategori Pertandingan Memasak Nasi Tumpang. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pengerusi BAKAT PWT Datin Noraihan binti Ibrahim.

Ahli Bakat 10 RRD gigih menyiapkan hidangan untuk dipersembahkan kepada juri profesional

Bakat 10 RRD berjaya menjadi Johan bagi kategori Nasi Tumpang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan