SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD

Perlawanan Akhir Piala Sarawak 2014 Perbarisan Tadbir Tahunan 2013 Hari Tentera Darat Ke-82 Kejohanan Renang dan Polo Air TD 2015 Hari Bersama Media 2014 Penutup Ex Satria Tangkas 2014

Ahad, 13 April 2014

KEM MOTIVASI SMK SEMENGGOK

Para pelajar membentangkan hasil kerja berkumpulan
Kem Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 9 guru dan 50 pelajar dari SK Semenggok, Kuching telah melaksanakan Kem Motivasi UPSR di 10 RRD selama 3 hari mulai 11 Apr hingga 13 Apr 2014 yang lalu. Antara aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya seperti ice breaking session, problem solving, ceramah kepimpinan, jungle tracking, wira halangan, wira malam, wira kenal diri, qiamullail, memasang hammock, aktiviti team building, kawad kaki, malam akrab dan  demonstrasi ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.


Dalam ucapan ringkas Timbalan Pengarah Pendidikan Daerah Samarahan, Miss Chong Chai Lin menyifatkan program motivasi seperti ini sangat baik untuk pelajar sekolah bagi memberi pengalaman dan pendedahan kepada murid-murid dalam meningkatkan keyakinan dan semangat mereka terutama dalam aktiviti yang melibatkan bekerja dalam kumpulan. Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak 10 RRD kerana telah berjaya menganjurkan program kem motivasi ini dengan jayanya.


Beliau telah menyempurnakan upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta program sambil diiringi oleh Guru Besar SK Semenggok, Puan Ithniani binti Tahir. Beliau turut  menyampaikan cenderahati kepada Kapt Nizam Nor Amri bin Johari yang mewakili Pegawai Memerintah 10 RRD.
Guru dan para pelajar bergambar sejurus acara penutup selesai
Aktiviti berjalan malam
Latihan keyakinan diri
Pelajar mencuba aktiviti jungle trekking
Guru Besar SMK Semenggok menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik
Aktiviti merentas halangan
Latihan Jungle Trekking secara berkumpulan
Kapt Amri menerima cendera kenangan daripada Guru Besar SMK Semenggok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan